• Home
  • Kekurangan Telur Ayam Susulan Ketidakcakapan Kerajaan

Kekurangan Telur Ayam Susulan Ketidakcakapan Kerajaan

Telur ayam biasa mengalami kekurangan bekalan di pasaran. Kini, pasaran hanya terdapat telur Omega atau telur kampung yang tidak dikawal oleh kerajaan. Ini membuktikan ketidakcakapan pemerintahan Barisan Nasional. Kita perlu berubah melalui pilihan raya dan menolak kerajaan 

Telur adalah sumber protein yang berkualiti dan murah, namun telur gred A, B, dan C di pasaran sangat kurang, sehingga orang ramai terpaksa membeli telur Omega atau telur kampung yang tidak dikawal oleh kerajaan. Ini akan menyebabkan kesukaran bagi keluarga berpendapatan rendah dan mungkin menyebabkan mereka mengalami kekurangan nutrisi.

Menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia pada bulan Ogos, harga telur telah naik 0.7% berbanding bulan Julai dan 13.3% berbanding Ogos tahun lalu.

Masalah ini bermula sejak kerajaan mengawal harga siling telur gred, malah pemberian subsidi sebanyak 3 sen setiap biji telur masih menyebabkan kerugian 3 sen. Ini mengakibatkan penternak mempercepatkan persaraan ayam telur untuk mengurangkan pengeluaran demi mengelak kerugian yang lebih besar.

Selain itu, perang Russia-Ukraine menyebabkan harga makanan dunia meningkat dan penurunan nilai ringgit menyebabkan harga makanan ternakan yang diimport seperti jagung dan soya semakin mahal. Sebanyak 70% bahan dalam makanan ternakan telah meningkat. Kini, dulang telur juga sukar didapati.

Walaupun Kabinet pada awal Oktober meningkatkan subsidi setiap biji telur dari 3 sen kepada 8 sen, ayam telur memerlukan setengah tahun untuk bertelur dan pengeluaran telur hanya akan pulih secara beransur-ansur.

Kita perlu membatalkan kawalan harga telur supaya harga telur ditentukan oleh pasaran ataupun sentiasa menyesuaikan subsidi agar penternak tidak rugi.

Masalah-masalah ini berlaku kerana kerajaan kurang mendengar suara rakyat dan tidak mempunyai pandangan yang jauh. Oleh itu, kita perlu berubah, menolak kerajaan yang tidak memerintah dengan baik dan memilih Pakatan Harapan yang mendengar suara rakyat dan berupaya melakukan sesuatu.

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758