• Home
  • Kehadiran Pelajar Rendah Akibat Kes Positif, KPM Perlu Benarkan Penutupan Sekolah

Kehadiran Pelajar Rendah Akibat Kes Positif, KPM Perlu Benarkan Penutupan Sekolah

Kehadiran pelajar rendah apabila berlakunya kes positif di sekolah. Kementerian Pendidikan (KPM) sepatutnya mengambil langkah yang lebih fleksibel untuk mendidik pelajar sambil mencegah wabak. KPM harus membenarkan pihak sekolah untuk menutup sekolah bagi membolehkan pelaksanaan Pengajaran Dan Pembelajaran Di Rumah (PdPR).

Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Mohd Radzi Md Jidin, menyatakan bahawa Kementerian Pendidikan tidak akan menutup sekolah secara besar-besaran dan KPM serta Kementerian Kesihatan (KKM) telah menetapkan SOP pembukaan dan penutupan sekolah yang ketat. Oleh itu, bukan semua kes memerlukan penutupan sekolah.

Sejak pembukaan semula sekolah bagi semua pelajar sekolah rendah, terdapat beberapa kes positif COVID-19 yang melibatkan sekolah rendah. Ini menimbul kebimbangan dan ramai ibu bapa memilih untuk tidak menghantar anak-anak mereka ke sekolah sebagai langkah pencegahan. Akibatnya, kehadiran pelajar turun secara drastik, iaitu sebanyak 50% sehingga 90%.

Jika hanya beberapa pelajar yang hadir dan ramai guru dikuarantin di rumah, kenapa sesi pembelajaran tersebut diadakan?

Menurut panduan KKM, pelajar merupakan kumpulan berisiko tinggi dan tidak dapat divaksinasi. Oleh itu, KPM tidak sepatutnya menganggap anak-anak sepertikumpulan berisiko rendah di tempat kerja, sebaliknya harus mengambil perhatian secara serius.

Ketika membuat keputusan, KPM juga harus menjaga persaan ibu bapa kerana anak-anak akan menghadapi masalah pembelajaran akibat penutupan sekolah secara besar-besaran. Ini akan menjejaskan prestasi para pelajar.

Pada bulan Oktober tahun lepas, KPM juga telah mengeluarkan arahan untuk menutup sekolah selama tujuh hari sekiranya terdapat kes positif di sekolah. Hal ini membolehkan KKM untuk melakukan pengesanan dan memberi masa kepada pihak sekolah untuk melakukan sanitasi menyeluruh. Bahkan, KKM juga mempunyai pengalaman dalam penutupan sekolah.

Oleh itu, KPM sepatutnya mengambil langkah yang lebih fleksibel dan membenarkan pihak sekolah untuk menutup sekolah selepas mempertimbangkan kehadiran dan petunjuk KKM. Ini memberi masa kepada sekolah untuk membuat pengaturan yang lebih sesuai termasuk PdPR. Ini sekurang-kurangnya dapat mengelakkan lebih ramai pelajar tertinggal dalam pelajaran. Jika tidak, kerajaan bukan sahaja akan gagal dalam pencegahan wabak, malah melambatkan kemajuan pembelajaran pelajar.

Pelajar sekolah menengah akan kembali ke sekolah pada bulan April. Lingkaran sosial pelajar sekolah menengah lebih luas jika berbanding dengan pelajar sekolah rendah. Ini meningkatkan kesukaran untuk mengawal penularan wabak. Oleh itu, KPM harus mengemas kini SOP dengan kadar segera untuk menghadapi kemungkinan kejadian kes kecemasan COVID-19  pada masa depan!

Selain itu, kerajaan juga harus memberi keutamaan kepada  guru untuk divaksinasi bagi memastikan guru-guru dapat mengajar dengan selamat dan mengurangkan risiko COVID-19 yang dibawa oleh pembukaan semula sekolah.


ADUN Skudai, Tan Hong Pin, melengkap dua dos suntikan vaksin.

Sumber Gambar Cover: Kwong Wah

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758