• Home
  • Kadar Vaksinasi Johor Perlahan, Kerajaan Digesa Guna Hospital KPJ

Kadar Vaksinasi Johor Perlahan, Kerajaan Digesa Guna Hospital KPJ

Kini, kadar vaksinasi di Johor perlahan, saya menyeru kerajaan untuk melibatkan semua klinik swasta dan hospital swasta untuk memperluas sumber perubatan, selain meminta Kumpulan Perubatan Johor (KPJ) bekerjasama untuk mempercepat kadar vaksinasi.

Syarikat induk KPJ merupakan sayap pelaburan kerajaan negeri Johor, yakni “Johor Corporation (JCorp)” dan pengerusinya adalah Menteri Besar Johor, Datuk Hasni Mohammad. KPJ juga merupakan kumpulan perubatan terbesar yang tersenarai di Malaysia. KPJ memiliki 28 hospital di seluruh negara dan tujuh daripadanya berada di Johor.

Sejak penularan wabak, semua hospital swasta telah menyatakan kesediaan untuk bekerjasama sepenuhnya dengan kerajaan untuk mengawal wabak。 Menteri Besar juga telah beberapa kali menyatakan harapan untuk mempercepat pemberian vaksin demi membuka semula sempadan dan menyelamatkan ekonomi Johor.

Johor telah memulakan program vaksinasi pada 1 Mac. Pada awalnya, pemberian dos harian mencapai 1500 dos. Namun, pemberian dos harian sekarang hanya sekitar 2600 dos, jika dibandingkan denganpemberian dos harian seluruh negara yang berganda selepas sebulan, pertumbuhan ini dianggap perlahan. 1

Jika kadar pertumbuhan ini berterusan di Johor, kita memerlukan sekurang-kurangnya dua tahun untuk mencapai 80% vaksinasi di kalangan penduduk dewasa Johor. Tempoh vaksinasi yang panjang ini akan menjejaskan ekonomi Johor, terutamanya industri pelancongan dan pasaran pengguna.

Kita bukan sahaja menghadapi masalah rakyat yang enggan mendaftar, tetapi juga menghadapi masalah pemberian vaksin yang perlahan. Dengan pelancaran Fasa kedua Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, kerajaan negeri Johor memerlukan lebih banyak fasiliti perubatan untuk meningkatkan pemberian dos harian bagi menyelamatkan ekonomi Johor.

Sebagai negara jiran, Singapura mampu memberi 5000 dos setiap hari pada awal Januari. Selain itu, jumlah pemberian dos harian telah berganda kepada 10,000 suntikan pada awal Februari. Kadar pertumbuhan dijangka akan meningkat secara mendadak susulan pelaksanaan program dan membolehkan lebih ramai orang divaksinasi dengan lebih cepat. Namun, trend ini tidak jelas di Johor. https://ourworldindata.org/grapher/daily-covid-19-vaccination-doses?country=SGP~MYS

Oleh itu, kerajaan negeri Johor harus memperluas sumber perubatan dan melibatkan semua klinik swasta dan hospital swasta, termasuk menggunakan tujuh hospital swasta di bawah KPJ yang dikawal oleh kerajaan negeri Johor untuk mempercepat vaksinasi penduduk Johor.

Sumber Gambar Cover: Healthcare Asia

  1. https://docs.google.com/spreadsheets/d/1BVZhhaRVlqTpIEnuhPSKgYAO_OquauAY3kbZ7WGfJEA/edit#gid=0 ↩︎

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758