• Home
  • Kadar Pendaftaran Vaksin Rendah, Kerajaan Digesa Lancar Kempen

Kadar Pendaftaran Vaksin Rendah, Kerajaan Digesa Lancar Kempen

Pendaftaran vaksinasi di seluruh negara telah dibuka selama sebulan, namun kadar pendaftaran masih belum mencapai 30%. Ini jauh daripada sasaran 70% daripada keseluruhan populasi negara bagi pembentukan imuniti kelompok. Dengan ini, kerajaan perlu melancarkan kempen promosi vaksin COVID-19 secara menyeluruh untuk memastikan Malaysia dapat mencapai sasaran imuniti kelompok secepat mungkin.

Data pendaftaran vaksin yang diumumkan oleh kerajaan Perikatan Nasional baru-baru ini menunjukkan bahawa kadar pendaftaran vaksinasi hanya 29.8%. Di Johor, hanya 32.43%, masih jauh daripada sasaran imuniti kelompok.

Malaysia memiliki kawasan kawasan desa dan semi urban yang luas, masalah liputan rangkaian dan kemahiran Internet juga umum. Cara untuk menyampaikan manfaat vaksinasi kepada setiap rakyat adalah cabaran yang perlu dihadapi oleh kerajaan.

Terdapat rakyat yang bimbang tentang kesan sampingan vaksin selepas membaca berita dan maklumat palsu. Ini menimbul ketakutan dalam kalangan masyarakat dan merupakan cabaran yang dihadapi dalam proses pendaftaran vaksin.

Dengan ini, kerajaan mesti menggunakan sumber agensi kerajaan dan masyarakat untuk mengatasi cabaran ini bagi mendorong vaksinasi secara besar-besaran.

Namun, saluran promosi kerajaan sangat terhad dan juga tidak menggunakan memanfaatkan kekuatan kerajaan dan masyarakat secara sepenuhnya untuk mendorong kempen promosi vaksin.

Talian Program Imunisasi Kebangsaan harus menyediakan pilihan bahasa. Bahan promosi juga harus disediakan untuk membantu pelbagai kumpulan masyarakat dalam pendaftaran vaksinasi. Ini adalah pertimbangan yang harus dilakukan bagi negara yang berbilang etnik.

Kerajaan juga perlu menubuhkan pusat daftar vaksin di setiap daerah dengan kadar segera dan mengadakan kaunter bergerak secara kerap untuk membantu mereka yang tidak mahir Internet untuk mendaftar vaksin secara fizikal bagi meningkatkan keinginan masyarakat untuk divaksinasi.

Selain itu, kerajaan juga perlu bekerjasama dengan pelbagai NGO dan badan kebajikan untuk berhubung dengan berbagai komuniti dan kumpulan rentan untuk memastikan mereka tidak diabaikan dalam Program Imunisasi Kebangsaan.

Malaysia merupakan sebuah negara yang gemar bersukan, terutamanya bola sepak dan badminton. Kerajaan juga harus menggerakkan beberapa kelab atau institusi sukan yang terkenal untuk mempromosikan kempen vaksin, termasuk mengundang atlet terkenal negara untuk menyertai kempen promosi vaksin bagi menggalakkan lebih ramai rakyat mendaftar suntikan vaksin, seperti apa yang dilakukan oleh bekas Menteri Pengangkutan, Anthony Loke untuk mempromosikan inisiatif My30.

Kerajaan perlu membuka sebuah laman web pemeriksaan suntikan vaksin COVID-19 supaya orang yang tidak mahir Internet atau telefon dapat meminta bantuan ahli keluarga untuk menyemak status pendaftaran vaksin mereka.

Sumber Gambar Cover: ViralCham

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758