• Home
  • Kabinet Besar Bazir Sumber Negara

Kabinet Besar Bazir Sumber Negara

Pengumuman kabinet baru oleh Muhyiddin hari ini mencerminkan bahawa jumlah pegawai kerajaan di bawah pimpinannya jauh melebihi kerajaan Pakatan Harapan dan kerajaan Najib. Kabinet kini kedua besar setelah kerajaan Abdullah pada tahun 2004. Kabinet yang besar ini adalah pembaziran sumber negara dan merupakan percubaan untuk menggunakan sumber negara untuk mengukuhkan kuasa politik sendiri.

Kabinet kerajaan Pakatan Harapan hanya mempunyai 55 menteri dan timbalan menteri, iaitu hanya 27 menteri dan 27 timbalan menteri.

Sebaliknya, di bawah “Kerajaan Pintu Belakang” yang dipimpin oleh Muhyiddin, termasuk dirinya sendiri, terdapat 70 menteri dan timbalan menteri. 15 jawatan telah ditambah dalam kabinetnya yang mempunyai 31 menteri, dengan 7 jabatan mempunyai 2 timbalan menteri.

Perikatan Nasional mendakwa mempunyai sokongan 114 ahli parlimen, jika tidak termasuk 7 senator, nisbah ahli parlimen yang memegang jawatan kerajaan adalah sebanyak 55%, melebihi separuh ahli parlimen yang menyokong “Perikatan Pintu Belakang”, manakala Pakatan Harapan hanya memiliki sekitar 41% ahli parlimen yang diberi jawatan.

Jika dibandingkan dengan susunan kabinet Najib yang kedua, jumlah ahli parlimen juga hanya 60 orang, iaitu 45% daripada ahli parlimen Barisan Nasional.

Muhyiddin perlu menjelaskan kepada masyarakat apa sebab penambahan 15 jawatan baru dan sebab 7 jabatan memerlukan 2 timbalan menteri?

Ekonomi negara kita kini seperti sudah jatuh ditimpa tangga. Kita bukan sahaja menghadapi kesan ekonomi global akibat perang dagang antara Amerika dan China, tetapi juga kesan ekonomi berantai yang dibawa oleh pandemik COVID-19, selain beberapa ahli politik yang mencetuskan krisis politik demi keuntungan sendiri.

Dalam keadaan ekonomi negara yang begitu sukar, sumber negara sepatutnya digunakan untuk menyokong pasaran dan mengurangkan kesulitan pasaran, mengapa kita masih memerlukan begitu banyak menteri untuk menguruskan Malaysia yang hanya mempunyai populasi 32 juta?

Rakyat Malaysia ingin melihat sebuah pasukan pentadbiran yang jujur, efisien, berintegriti, dan bersih. Namun, pelantikan kabinet Muhyiddin kali ini secara terang-terangan menggunakan jawatan pentadbiran sebagai ganjaran kepada ahli parlimen yang menyokongnya untuk mengukuhkan sokongan, seolah-olah kesejahteraan rakyat Malaysia bukanlah tujuan pelantikan kabinet Muhyiddin kali ini.

Apa jua perkembangannya, DAP akan terus mempertahankan demokrasi, berpegang kepada prinsip, berkhidmat untuk rakyat dan berjuang untuk visi masa depan negara!

Sumber Gambar Cover: Harian Metro

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758