• Home
  • Kabinet Baharu Perlu Isytihar Harta Secara Telus

Kabinet Baharu Perlu Isytihar Harta Secara Telus

Susulan pengumuman kabinet baharu oleh Datuk Seri Ismail Sabri, beliau harus meminta menteri dan timbalan menteri untuk mengisytiharkan harta kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam masa sebulan dan paparkannya secara telus di laman web SPRM.

Sejak Pakatan Harapan berjaya menubuhkan kerajaan pada tahun 2018, pengisytiharan harta setiap tahun telah menjadi norma. Namun, selepas Langkah Sheraton, kerajaan PN dilihat tidak serius untuk meneruskan amalan mengisytihar harta secara terbuka.

Bekas Perdana Menteri, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, pernah berjanji untuk meneruskan pelaksanaan Pelan Anti Rasuah Nasional (NACP) 2019-2023 yang mewajibkan menteri, timbalan menteri, dan ahli parlimen untuk mengisytiharkan harta mereka. Namun, cara pengisytiharan harta tersebut tidak dilakukan secara serius.

Versi portal yang pertama kali dilancarkan semasa tempoh pentadbiran PH memasukkan jumlah mutlak untuk jumlah pendapatan bulanan dan jumlah aset setiap individu yang diisytiharkan. Namun, kerajaan Perikatan Nasional hanya menyatakan  jumlah aset mereka dalam jumlah julat. Selain itu, aset menteri PN masuk kategori sahaja, di mana jumlah aset yang dimiliki juga tidak dipaparkan. Laman web menunjukkan hanya 69 menteri dan timbalan menteri telah mengisytiharkan harta mereka, sementara harta ahli parlimen dari Perikatan Nasional tidak diumumkan.

Kini kabinet baru telah mengambil alih, dalam mesyuarat kabinet yang pertama, Perdana Menteri sepatutnya mengarahkan semua menteri dan timbalan menteri untuk mengisytiharkan harta mereka dalam masa sebulan dan mengumumkannya secara telus pada laman web SPRM sebagai tanda komitmen terhadap integriti.

Selepas Langkah Sheraton, usaha anti-rasuah dan penegakan integriti terus merosot. Menurut Indeks Persepsi Rasuah 2020 yang dikeluarkan oleh Transparency International, kedudukan Malaysia bagi tahun 2020 telah jatuh ke tangga 57 daripada 180 negara berbanding tangga 51 pada 2019.

Jika Perdana Menteri dan kabinet baru masih meneruskan kegagalan kerajaan Perikatan Nasional, Indeks Persepsi Rasuah hanya akan terus merosot dan akhirnya mempengaruhi keberkesanan pentadbiran kerajaan.

Sebagai pembayar cukai, rakyat berhak menuntut kerajaan yang bersih dan telus. Integriti kerajaan hanya dapat dijamin apabila orang awam boleh mengakses maklumat isytihar harta anggota pentadbiran kerajaan. Jika tidak, usaha anti-rasuah kerajaan hanya akan menjadi omong kosong.

Sumber Gambar Cover: Nanyang Siang Pau

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758