• Home
  • Johor Memerlukan PPV Bagi Capai Sasaran 50,000 Suntikan Vaksin Harian

Johor Memerlukan PPV Bagi Capai Sasaran 50,000 Suntikan Vaksin Harian

Menteri Besar Johor mengumumkan bahawa Johor akan menerima 1.29 juta dos vaksin pada bulan Julai. Saya menyeru Khairy Jamaluddin untuk membuka beberapa Pusat Pemberian Vaksin (PPV) di Johor untuk meningkatkan jumlah vaksinasi ke 50,000 dos sehari selain memastikan golongan warga emas mendapat sekurang-kurangnya satu dos vaksin pada bulan Julai.

Pada minggu yang lepas, saya menyeru kepada Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin untuk meningkatkan bekalan vaksin Johor ke 1.5 juta dos sebulan. Kini, kerajaan Johor telah membawa berita baik bahawa 1.29 juta dos vaksin  akan diterima pada bulan Julai, dengan pembahagian 51,100 dos pada minggu pertama Julai, 178,540 dos pada 5 Julai, 278,132 dos pada 12 Julai, 394,620 dos pada 19 Julai, dan 390,900 dos pada 26 Julai.

Walaupun Johor masih berada di tangga ketiga tercorot antara kadar pemberian kedua-dua dos suntikan vaksin, kami telah melihat sedikit kemajuan dengan jumlah purata vaksinasi harian selama 7 hari ini adalah sebanyak 21,077 dos. Jumlah ini jauh melebihi purata mingguan sebelumnya iaitu sebanyak 13,912 dos.

Saya percaya dengan penyelesaian masalah bekalan vaksin, jumlah vaksinasi akan meningkat. PPV di Johor telah mula pemberian dos pertama dan pemberian dos itu mencecah 10,000 dos bagi empat hari dalam seminggu.

Ini merupakan kemajuan yang baik. Namun, jumlah ini masih jauh daripada sasaran harian sebanyak 50,000 dos yang dijanjikan oleh Khairy walaupun terdapat empat hari dalam seminggu di mana pemberian  vaksin mencecah 20,000 dos di Johor.

Saya juga menerima maklum balas yang menunjukkan beberapa kawasan seperti Muar dan Kota Tinggi masih menghadapi kekurangan vaksin. Saya kurang faham tentang sebab kejadian isu ini.

Johor Bahru telah menempatkan dirinya sebagai daerah dengan populasi terbesar, dengan hampir separuh penduduk Johor berada di Johor Bahru. Namun, data vaksinasi pada 12 Julai menunjukkan bahawa masih ada separuh daripada golongan warga emas di Johor Bahru belum divaksinasi.

Dengan peningkatan bekalan vaksin, kerajaan harus memanfaatkan vaksin tersebut secara efektif. Kerajaan harus memperkuat pengurusan pengedaran vaksin, mempercepat proses vaksinasi Fasa 2, termasuk membuka lebih banyak PPV yang berskala besar dan sederhana agar golongan warga emas, orang kurang upaya (OKU) dan mereka yang memiliki penyakit kronik dapat segera divaksinasi.

Khairy pada 20 Jun menyatakan bahawa golongan warga emas akan menerima janji temu vaksinasi dalam dua minggu. Namun, janji ini belum terpenuhi. Kemudian, pada awal Julai, Khairy menyatakan bahawa golongan warga emas akan menerima janji temu vaksinasi pada bulan Julai. Dengan, ini saya meminta Khairy untuk mematuhi janjinya dengan menyesuaikan mekanisme penyediaan vaksin bagi memastikan semua warga emas dapat menerima sekurang-kurangnya dos pertama pada bulan Julai.

Selain itu, kerajaan diminta untuk memperhatikan hak vaksinasi untuk pelajar yang akan belajar di luar negera kerana bulan Julai sehingga bulan September ialah musim pendaftaran universiti luar negera. Beberapa negara telah mewajibkan vaksinasi sebagai syarat kelayakan masuk pelajar antarabangsa. Oleh itu, kerajaan perlu menyediakan lorong hijau agar golongan pelajar ini dapat melengkapkan dua dos suntikan vaksin sebelum kembali ke universiti luar negera untuk melanjutkan pelajaran.

TarikhDos PertamaDos KeduaJumlah Vaksin
6/78,26410,16718,431
7/78,71514,14622,861
8/711,70312,88624,589
9/711,4203,07514,495
10/719,6546,39626,050
11/713,5265,70519,231
12/716,4675,41321,880
Jadual: Jumlah suntikan harian vaksin Johor

Sumber Gambar Cover: Sin Chew Jit Poh

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758