• Home
  • Johor Cecah 1000 Kes Selama 8 Hari, Kerajaan Perlu Jelaskan Strategi Saringan dan Vaksinasi

Johor Cecah 1000 Kes Selama 8 Hari, Kerajaan Perlu Jelaskan Strategi Saringan dan Vaksinasi

Peningkatan kes harian di seluruh negara yang melebihi 20,000 buat pertama kalinya menunjukkan situasi pandemik yang semakin memburuk. Selama 21 hari berturut-turut, jumlah kes di Johor tidak mencapai memenuhi nilai ambang Fasa 2. Selain itu, selama 8 hari berturut-turut , Johor telah mencatatkan lebih daripada 1000 kes (1,300 kes hari ini ). 

Johor Bahru dan Kulai masih merupakan kawasan yang sangat terjejas dan situasi di utara Johor juga menimbulkan kebimbangan dengan trend yang semakin memburuk berbanding bulan lepas. Sumber perubatan juga semakin terhad. Adakah pandemik berada di luar kawalan? Apakah strategi yang telah dirancang oleh kerajaan?

Susulan situasi pandemik yang semakin memburuk, Jabatan Kesihatan Negeri Johor perlu mengumumkan laporan harian secara teljus supaya masyarakat jelas tentang situasi pandemik. Laporan harus merangkumi jumlah saringan harian setiap daerah, bilangan katil Covid-19 hospital dan peratus penggunaannya, bilangan katil ICU dan peratus penggunaannya, jumlah kes penggunaan bantuan alat pernafasan peratus penggunaannya dan penggunaan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah.

Kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri Johor mesti mempunyai strategi saringan dan vaksinasi yang jelas. Persoalan termasuklah adakah kerajaan Johor sedia membeli kit ujian kendiri COVID-19 untuk masyarakat menjalankan saringan secara percuma. Apakah peralatan atau bantuan tenaga kerja yang diperlukan daripada organisasi sosial, institusi swasta, dan perusahaan untuk bersama-sama mengawal pandemik? Selain itu, kerajaan juga harus memberitahu kekurangan strategi pandemik buat masa ini.

Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang berlanjutan bukanlah solusi efektif. Masyarakat hanya dapat memahami situasi pandemik dan menggerakkan lebih banyak sumber bagi mengharungi pandemik ini melalui data yang telus. Jika tidak, PKP tidak akan membantu dalam memutuskan rantaian Covid-19.

Penularan Covid-19 kian memburuk walaupun ramai yang mematuhi PKP. Banyak syarikat perusahaan kecil dan sederhana (PKS) telah menutup operasi dan hal ini telah mengakibatkan peningkatan kadar penganggguran. Akibatnya, ramai yang tidak boleh lagi membayar bil air dan elektrik serta keupayaan mereka untuk berbelanja juga rendah. Ini memberi kesan buruk kepada pasaran.

Saya juga menggesa masyarakat untuk membeli kit ujian kendiri COVID-19 dan melakukan saringan secara berkala untuk melindungi diri dan keluarga. Jika disahkan positif, janganlah membanjiri Pusat Penilaian COVID-19 (CAC). Masyarakat boleh menggunakan Pusat Penilaian COVID-19 secara maya (VCAC) untuk mengesan kontak rapat dan mendapatkan Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Di Rumah (HSO) digital bagi mengurangkan risiko penularan COVID-19. Penilaian kes positif Covid-19 boleh dibuat secara atas talian dalam 48 jam setalah mengisi borang melalui pautan ini: https:tinyurl.com/vcacjohor.

Sumber Gambar Cover: Laman Web Rasmi Tan Hong Pin

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758