• Home
  • Johor Catat Jumlah Vaksinasi Harian Tertinggi, Perlu Terus Perbaiki Kelemahan

Johor Catat Jumlah Vaksinasi Harian Tertinggi, Perlu Terus Perbaiki Kelemahan

Pada 14 Jun, jumlah vaksinasi harian di Johor telah mencapai rekod tertinggi baru, yakni 20,000 dos. Ini adalah angka yang menggembirakan jika dibandingkan dengan jumlah vaksinasi seminggu sebelumnya (secara purata di bawah 10,000). Di bawah tekanan dari berbagai pihak, terdapat trend peningkatan dalam jumlah vaksinasi harian.

Berdasarkan pengalaman sebelum ini, kita harus belajar daripada kesilapan dan terus memperbaiki kelemahan untuk meningkatkan jumlah vaksinasi secara signifikan dan mengelakkan ketinggalan golongan usia emas. 

Kerajaan harus mengutamakan mereka yang berusia 70 tahun dan ke atas dan memberitahu mereka untuk menerima suntikan vaksin, selain membolehkan golongan ini untuk walk-in ke Pusat Pemberian Vaksin (PPV) mendaftar dan terus divaksinasi.

Kini, PPV hanya beroperasi selama 6 hari seminggu (rehat pada hari Jumat), ada yang hanya beroperasi selama 5 hari. Oleh itu, PPV seharusnya dibuka 7 hari untuk mempercepat kadar vaksinasi golongan usia emas

Selain itu, kerajaan perlu menambah jumlah PPV di bandar, terutamanya di daerah Johor Bahru. Kerajaan harus meningkatkan jumlah suntikan vaksin PPV kerajaan, hospital swasta, dan klinik swasta untuk mempercepat kadar vaksinasi bagi populasi bandar yang besar.

Di kawasan desa dan semi urban, kerajaan harus mendirikan pasukan vaksin bergerak atau PPV berskala kecil yang merangkumi Yong Peng, Labis, Bekok, dan tempat-tempat semi urban yang lain agar penduduk tidak perlu bergerak jauh untuk menerima vaksin di bandar.

Kerajaan perlu meningkatkan usaha promosi dan agensi kerajaan harus bekerjasama dengan NGO serta Jawatankuasa Kampung untuk melakukan pendaftaran vaksinasi dari rumah ke rumah.

Ini bukanlah saranan yang baru. Johor Utara sudah terdapat pasukan vaksin bergerak, saya gembira melihat kemajuan mengenai saranan ini.

Laporan dari laman berita berkaitan kesihatan CodeBlue berkata Malaysia kini memiliki 8.91 juta dos vaksin, namun, hanya 4.69 juta dos yang telah diberikan, iaitu 52.62% daripada jumlah vaksin.

Menteri Penyelaras Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin, baru-baru ini menyatakan bahawa Johor mampu mencapai pemberian 50,000 dos suntikan vaksin sehari. Susulan pengumuman baru-baru ini oleh  Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengatakan bahawa Malaysia akan menerima 16 juta dos vaksin pada akhir Julai, jumlah vaksinasi kini memiliki ruang besar untuk kemajuan.

Kini, bekalan vaksin COVID-19 sedia ada mencukupi. Maka kekangan buat masa ini bagi mningkatkan jumlah pemberian vaksin adalah untuk memastikan PPV, hospital dan klinik swasta dapat meningkatkan pemberian vaksin.

Oleh itu, kerajaan perlu mengambil kira semua aspek dan membuat pertimbangan sewajarnya. Sebagai contoh, jumlah PPV, hospital dan klinik swasta perlu ditingkatkan untuk mengelakkan kesulitan dalam peningkatan kadar pemberian vaksin.  

Sumber Gambar Cover: Sunway Medical Centre

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758