• Home
  • Inisiatif Ujian Saringan Covid-19 Amat Dialu-Alukan

Inisiatif Ujian Saringan Covid-19 Amat Dialu-Alukan

Saya amat mengalu-alukan Inisiatif Ujian Saringan Bersasar yang diumumkan oleh YAB Menteri Besar Johor di bawah Pakej Ransangan Ekonomi 3.0 pada pagi ini.

Pengumuman Inisiatif Ujian Saringan Bersasar yang akan digerakkan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Johor (SUKJ) dan Jabatan Kesihatan Negeri Johor (JKNJ) serta tiga (3) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bertaraf bandar raya tersebut sedikit sebanyak menyahut seruan saya pada bulan Mei lalu agar ujian saringan COVID-19 dilaksanakan secara besar-besaran.

(Pautan: https://www.facebook.com/hongpintan/posts/5752034424836592)

Maka itu, suka untuk maklumkan bahawa Pejabat ADUN Skudai akan memberikan kerjasama erat dengan pihak Kerajaan Negeri Johor bagi menjayakan inisiatif ujian saringan berkenaan secara menyeluruh.

Bagi memastikan kelancaran inisiatif murni tersebut, saya menyeru agar Kerajaan Negeri Johor mencontohi mekanisme yang digunapakai Kerajaan Negeri Selangor – makluman butiran ujian saringan yang jelas terutama di kawasan perindustrian dan zon merah – bagi mengenalpasti pesakit tidak bergejala untuk memutuskan rantaian jangkitan wabak.

Keadaan kluster pembuatan masih pada tahap membimbangkan malah Johor Bahru masih dalam kategori merah dengan catatan kes positif yang tinggi.

Penglibatan PBT di daerah Johor Bahru yang menempatkan banyak kawasan perindustrian amat tepat dalam usaha menghijaukan Johor Bahru.

Saya menaruhkan keyakinan agar ujian saringan ini merupakan langkah awal terbaik untuk memutuskan rantaian jangkitan wabak – pengesanan pesakit dan kontak rapat.

Seterusnya, usaha seumpamanya juga perlu digembleng bagi membentuk imuniti kelompok di daerah Johor Bahru melalui proses vaksinasi yang bakal mengawal penularan wabak COVID-19.

Sumber Gambar Cover: Laman Web Rasmi Tan Hong Pin

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758