• Home
  • Indeks Demokrasi 2019 EIU: Malaysia Naik 9 Tangga 

Indeks Demokrasi 2019 EIU: Malaysia Naik 9 Tangga 

Baru-baru ini, Indeks Demokrasi 2019 yang diterbitkan oleh Economist Intelligence Unit (EIU) menunjukkan Malaysia naik 9 tangga dari tahun sebelumnya dan naik sebanyak 16 tangga jika dibandingkan dengan zaman Barisan Nasional pada tahun 2017.

Laporan ini disusun oleh Economist Intelligence Unit  dan menilai 167 negara dan wilayah berdasarkan skor proses pemilihan dan pluralisme, fungsi kerajaan, penyertaan dalam politik, budaya politik dan kebebasan sivil (Skor maksimum 10, minimum 0).

Laporan tersebut terdapat empat kategori iaitu demokrasi sepenuhnya (skor 8 hingga 10), demokrasi kurang sempurna (skor 6 hingga 7.9), rejim hibrid  (skor 4 hingga 5.9) dan rejim autoritarian (kurang daripada 4 skor).

Walaupun Malaysia masih diklasifikasikan sebagai negara “demokrasi kurang sempurna”, skornya telah meningkat dari 6.54 pada zaman Barisan Nasional tahun 2017 sebanyak 10% menjadi 7.16 dengan kedudukan di tangga ke-7 antara negara rantau asia, meningkat sebanyak dua tangga jika dibandingkan dengan tahun 2017.

Kemajuan terbesar Malaysia adalah dalam aspek “proses pemilihan dan pluralisme”, yang meningkat dari skor 6.92 pada zaman Barisan Nasional tahun 2017 ke 9.17, iaitu sebanyak 30%.

Pada tahun 2019, Malaysia menghadapi 5 Pilihan Raya Kecil (PRK). Kami telah menghadapi serangan penuh daripada parti pembangkang yang menuduh bahawa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) tidak adil dan berusaha mempengaruhi emosi pengundi. Meskipun terdapat kekurangan dalam proses pilihan raya, hakikatnya membuktikan bahawa proses pilihan raya Malaysia telah menunjukkan kemajuan atas usaha yang dilakukuan oleh SPR.

Salah satu usaha tersebut adalah pembentukan Jawatankuasa Khas Pembaikan Sistem dan Undang-Undang Pilihan Raya (ERC) oleh kerajaan Malaysia yang dipimpin oleh bekas pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman, dengan 18 anggota yang akan meneliti mekanisme pilihan raya negara kita selama dua tahun untuk melaksanakan reformasi pilihan raya dan membangun kredibiliti institusi pemantauan pilihan raya negara kita.

Selain itu, sejak peralihan kuasa, SPR juga telah melakukan beberapa reformasi, termasuk pemasangan kamera untuk merakam situasi saluran, memanjangkan waktu mengundi, memberikan masa kempen selama 14 hari untuk semua pihak, membersihkan daftar pengundi hantu, membenarkan pemantauan peniliti antarabangsa, memberikan lebih banyak ruang kempen untuk semua pihak, mengumumkan keputusan tidak resmi secara langsung. Hasilnya, 10 Pilihan Raya Kecil (PRK) selepas 9 Mei dapat dilaksanakan dengan lebih adil dan telus dibandingkan era Barisan Nasional.

Pada masa yang sama, laporan EIU juga menunjukkan bahawa pada tahun 2019, Malaysia berjaya menghapuskan Undang-Undang Anti Berita Palsu yang disokong oleh Barisan Nasional dan PAS. Ini memulihkan kebebasan bagi media sosial dan para wartawan dan merupakan salah satu sebab utama peningkatan prestasi Malaysia.

Namun, kita juga perlu berwaspada bahawa fungsi kerajaan, penyertaan dalam politik, budaya politik dan kebebasan sivil di Malaysia masih belum menunjukkan peningkatan yang ketara. Oleh itu, adalah sangat penting bagi rakyat dan kerajaan Malaysia untuk bersama-sama membentuk budaya perbincangan politik yang lebih rasional dan mendorong lebih banyak penyertaan warganegara dalam perbincangan politik.

Kita juga hidup di era yang susah untuk membezakan berita yang benar dan palsu dan berita palsu sering menular dengan berbagai serangan fitnah. Kerajaan Pakatan Harapan harus mengakui kekuatan penyebaran berita palsu dan mengeluarkan strategi untuk memperkuat hebahan positif, agar dasar-dasar yang benar-benar bermanfaat bagi rakyat dapat berhasil.

Human Rights Watch juga menyatakan dalam Laporan Dunia 2020 yang baru diterbitkan bahawa reformasi hak asasi manusia di Malaysia berkembang lambat. Oleh itu, kerajaan perlu mempercepat pelaksanaan berbagai reformasi sistemik untuk memperluas ruang demokrasi di Malaysia serta meningkatkan usaha anti-rasuah untuk meningkatkan efisiensi kerajaan.

Meskipun tahun lepas kita menghadapi banyak cabaran dan serangan daripada parti pembangkang yang menuduh kerajaan Pakatan Harapan sebagai pemerintahan autoritarian, namun hakikatnya bertentangan. Dengan Indeks Demokrasi dunia yang masih mengalami kemunduran, keputusan Malaysia meningkat, bukan sahaja membersihkan nama kerajaan, malah memacu Malaysia untuk terus berusaha pada tahun 2020 untuk mencapai puncak yang lebih tinggi.

Indeks Demokrasi (Skor maksimum 10, minimum 0)

TahunSkor keseluruhanKedudukan DuniaKedudukan SerantauProses Pemilihan dan PluralismeFungsi KerajaanPenyertaan Dalam PolitikBudaya Politik Kebebasan Sivil 
2017
Era BN
6.545996.927.866.116.255.59
2018
BN Runtuh,
Era PH
6.885287.757.866.676.255.88
2019
Era PH
7.164379.177.866.676.255.88

Sumber Gambar Cover: International Monetary Fund

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758