Dengan tamatnya proses rundingan Malaysia dan Singapura pada 31 Disember, kerajaan Perikatan Nasional memutuskan bahawa Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura (KL-Singapura) akan berakhir di Johor Bahru. HSR yang tidak membabitkan Singapura, berisiko menjadi “projek gajah putih” yang membazirkan sumber pembangunan pengangkutan awam negara kita. Ini menyebabkan kehilangan peluang bekerjasama yang saling menguntungkan kedua-dua negara!
Walaupun jumlah penduduk Singapura hanya 5.69 juta, iaitu kira-kira 6 kali kurang daripada jumlah penduduk Malaysia, namun KDNK Singapura pada tahun 2019 mencapai $372 bilion, hampir setara dengan Malaysia! (KDNK Malaysia pada tahun 2019 ialah $364.7 bilion)
Matlamat asal HSR adalah untuk menghubungkan dua bandaraya antarabangsa utama, Kuala Lumpur dan Singapura, sambil mendorong pembangunan ekonomi di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan dan Johor. Oleh itu, HSR boleh dianggap sebagai koridor ekonomi Semenanjung Malaysia yang paling kompetitif. Dengan kerjasama Singapura, HSR dapat memajukan pembangunan ekonomi kedua-dua negara.
Oleh itu, pembinaan HSR adalah satu projek lintas negara yang serantau. Tindakan kerajaan Perikatan Nasional yang mengecualikan peranan Singapura dalam pembinaan HSR bukan sahaja akan mengakibatkan bayaran pampasan sebanyak RM3 bilion kepada kerajaan Singapura, tetapi juga menyerahkan peluang hubungan ekonomi bernilai kira-kira RM7.5 bilion di antara dua wilayah.
Menurut kajian MyHSR Corp pada tahun 2015, HSR dapat membawa banyak kebaikan kepada ekonomi Malaysia. HSR boleh menjana KDNK sebanyak RM210 bilion menjelang tahun 2060 dan mencipta sebanyak 111,000 peluang pekerjaan.
Walaubagaimanapun, kerajaan Perikatan Nasional membatalkan stesen akhir di Singapura dan menetapkannya di Johor Bahru. Ini akan menyebabkan pembangunan pengangkutan awam Malaysia menjadi lebih pelik dan bertindih dengan rancangan kereta api sedia ada.
Negara kita telah melaburkan RM9.5 bilion untuk Projek Landasan Berkembar Sistem Tren Elektrik Gemas-Johor Bahru dari Gemas (ERDT) sepanjang 192 kilometer dan projek ini dijangka siap pada Oktober 2022. Kini, kemajuan projek tersebut sudah mencapai 60%.
Penyelesaian Projek Landasan Berkembar Sistem Tren Elektrik Gemas-Johor Bahru dari Gemas bermakna bahawa Malaysia mempunyai rangkaian kereta api elektrik pantas yang dari Perlis ke Johor Bahru, dengan kelajuan maksimum 160 kilometer sejam. Apa sebab kita masih memerlukan HSR yang hampir berfungsi dengan sama, hanya kerana HSR bergerak lebih cepat?
Reka bentuk asal HSR adalah Malaysia dan Singapura menyusun pegawai imigresen masing-masing dan menggunakan kaedah satu kawasan dua semak seperti model “Shenzhen-Hong Kong.” Penumpang dari Kuala Lumpur dan Singapura boleh membuat prosedur imigresen sebelum menaiki kereta api dan tidak perlu lagi menjalankan prosedur pelepasan semasa tiba di destinasi. Ini menjadikan perjalanan lebih mudah dan mempercepatkan masa perjalanan, selain memberikan kelebihan persaingan dengan penerbangan dan pada masa yang sama menggalakkan pembangunan ekonomi di sepanjang laluan.
Oleh itu, jika kereta api laju disambungkan dari Kuala Lumpur ke Singapura dengan kelajuan kira-kira 250 kilometer sejam, ini tidak hanya akan menurunkan kos pengangkutan kereta api, tetapi juga akan menambahkan kesan ekonomi yang besar disebabkan oleh aliran besar pengangkutan manusia, sehingga perjalanan ke Singapura hanya mengambil masa 90 minit.
Sebaliknya, jika stesen akhir kereta api laju diletakkan di Johor Bahru, ini bermakna seseorang dari Kuala Lumpur ke Singapura menggunakan kereta api akan terlebih dahulu menaiki kereta api, kemudian membuat prosedur imigresen di stesen Sistem Transit Rapid (RTS) Johor, dan kemudian menaiki RTS untuk melangkah masuk ke Singapura. Persoalannya, berapa ramai yang akan menggunakan cara yang rumit ini untuk menaiki kereta api?
Pada masa yang sama, harga tiket kereta api laju ini lebih tinggi berbanding pengangkutan awam lain seperti tren landasan berkembar dan bas. Fungsi yang bertindih ini menimbulkan persoalan tentang nilai yang dibawa oleh kereta api laju ini.
Tambahan pula, kedua-dua negara boleh merundingkan bagi mengurangkan kos pembinaan. Namun, jika kerjasama dengan Singapura dibatalkan secara tiba-tiba, ini akan mengakibatkan kerugian faedah strategik dan kos peluang yang boleh diperoleh melalui projek kereta api ini, sudah tentunya ini adalah satu keputusan yang merugikan.
Cara kerajaan Perikatan Nasional yang mengabaikan hubungan luar akan merosakkan hubungan Malaysia-Singapura. Selain itu, tanpa dasar pengangkutan awam yang dirancang secara profesional, HSR akan menjadi “projek gajah putih”. Ini mengurangkan kesan ekonomi yang boleh diperoleh daripadanya dan membazirkan cukai rakyat!
HSR Bazir Wang Akhir di Johor

Sumber Gambar Cover: BERNAMA
Kategori