• Home
  • Hentikan Ketidaksaksamaan, Segera Benarkan Kuarantin di Rumah Seperti Santhara

Hentikan Ketidaksaksamaan, Segera Benarkan Kuarantin di Rumah Seperti Santhara

Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Dr Santhara Kumar, yang kembali dari New Zealand, diizinkan menjalani kuarantin di rumah, sedangkan rakyat yang pulang dari negara risiko rendah seperti Singapura harus dikuarantin di hotel. Saya menyeru kerajaan untuk mengkaji semula dasar kuarantin pulang ke negara dan membenarkan orang ramai yang pulang dari negara risiko rendah menjalani kuarantin di rumah.

Datuk Seri Dr Santhara Kumar yang juga merupakan ahli parlimen Segamat, hanya perlu menjalani kuarantin di rumah setelah bercuti di New Zealand, Ini menyebabkan ketidakpuasan di kalangan rakyat. Mengapa kerajaan mengamalkan ketidaksaksamaan dalam menangani pulangan pegawai atasan?

Ini bukan kali pertama berlakunya ketidaksaksamaan. Kementerian Kesihatan sebelum ini telah memendekkan tempoh kuarantin bagi pegawai atasan yang pulang dari lawatan luar negara kepada tiga hari. Sekarang, dengan kes Santhara yang hanya perlu menjalani kuarantin di rumah, persoalan kita ialah adakah kerajaan membuat keputusan kuarantin berdasarkan sains kesihatan awam?

Dalam mencegah risiko penularan COVID-19, rakyat memerlukan keputusan kerajaan yang berdasarkan sains dan profesionalisme, bukan memandang kepada status individu dan perubahan dasar yang kerap menyebabkan rakyat berasa tidak pasti.

Sebenarnya, banyak negara mempunyai polisi kuarantin yang berbeza untuk negara risiko rendah dan menetapkan senarai “negara hijau” yang membolehkan warganegara yang pulang dari negara tersebut menjalani kuarantin dengan kelonggaran.

Sebenarnya, negara-negara seperti Singapura, Brunei dan China memiliki kes positif COVID-19 yang sangat rendah dan terdapat juga banyak hari di mana tiada kes positif yang dikesan. Rakyat yang pulang dari negara-negara ini sepatutnya mendapat kelonggaran semasa, termasuk diizinkan untuk berkuarantin di rumah.

Tambahan pula, kerajaan sekarang membenarkan pesakit yang menjalani kuarantin di rumah memakai penjejak. Ini dapat mengurangkan risiko penularan COVID-19 dan pada masa yang sama mengurangkan beban kewangan rakyat untuk kuarantin.

Pada masa yang sama, kerajaan juga digesa untuk mengurangkan tempoh kuarantin bagi individu yang telah divaksin dan menetapkan mekanisme keluar. Ini akan membuka laluan bagi pembinaan dasar untuk perjalanan harian ke negara risiko rendah termasuk Singapura.

Saya juga menyeru kerajaan Perikatan Nasional untuk segera menyenaraikan Senarai Hijau dan menjalankan penilaian berkala serta penyesuaian secara fleksibel. Ini bukan sahaja membolehkan rakyat yang pulang dari negara risiko rendah menjalani kuarantin di rumah, malah membenarkan pengurangan tempoh kuarantin. Selepas tamat tempoh kuarantin, saringan COVID-19 harus dijalankan untuk memastikan keseimbangan antara mengawal risiko kes positif dan memberi kelegaan kepada golongan bergaji rendah.

Sumber Gambar Cover: The Rocket

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758