• Home
  • Hari Wanita Antarabangsa

Hari Wanita Antarabangsa

Sempena Hari Wanita Antarabangsa yang diraikan setiap tahun, Pusat Komuniti Skudai bersama dengan Pusat Khidmat Rakyat Parlimen Iskandar Puteri telah mengagihkan bunga sebagai tanda penghargaan kepada wanita.

Seiring dengan kemajuan zaman, peranan wanita sama ada dalam keluarga, masyarakat, atau di peringkat negara semakin penting dan mampu memegang peranan kepimpinan dalam organisasi, perusahaan serta negara.

Wanita masa kini tidak lagi terikat dengan pemikiran feudal, status mereka di pelbagai bidang juga telah diakui. Kini, wanita bukan sahaja dapat keluar dari rumah dan terlibat dalam masyarakat, malah dapat menyumbang kepada pembangunan negara.

Wanita era baru juga memberi perhatian terhadap situasi politik negara. Dalam Pilihan Raya Umum ke-14 Malaysia, buat kali pertamanya kita menyaksikan peralihan kuasa, sudah tentunya undi wanita memainkan peranan penting.

Namun, “permainan kuasa” yang berlangsung sejak akhir Februari hingga Mac adalah sebuah drama politik, di mana kuasa Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Johor telah dirampas. Ini menyebabkan kemunculan “Kerajaan Pintu Belakang”. Ironinya, parti kerjaan sebelumnya telah dijadikan “pembangkang pintu belakang”.

Walaubagaimanapun, saya menyeru semua supaya jangan berputus asa. Walaupun Pakatan Harapan kelihatan memiliki peluang yang tipis untuk mengubah keadaan melalui sidang parlimen dan sidang Dewan Undangan Negeri yang akan datang, kita masih boleh berharap pada pilihan raya yang akan datang. Dengan sekitar 7.8 juta pengundi baru, kita akan mempunyai pengaruh untuk menentukan “siapa yang akan menguasai Putrajaya”.

Selain pemilih baru, pengaruh pengundi wanita dalam pilihan raya yang akan datang juga sangat penting, mereka dapat memanfaatkan pengaruh mereka dalam pelbagai aspek serta menggunakan undi mereka untuk memperbetulkan keadaan dan membantu negara kembali ke landasan yang betul.

Oleh itu, saya berharap semua dapat kekal tenang, dalam apa jua situasi, jangan melepaskan hak undi kerana hingga hari ini, negara kita masih mengamalkan sistem pilihan raya. Selagi pilihan raya tidak dibatalkan, rakyat masih memiliki harapan untuk menggunakan undi mereka untuk menolak “Kerajaan Pintu Belakang”.

Hari Wanita Antarabangsa adalah aktiviti pertama kami berinteraksi dengan pengundi sebagai “pembangkang pintu belakang” dan reaksi pengundi positif. Ini memberi kami motivasi untuk terus berusaha kerana sokongan rakyat adalah kekuatan kami untuk terus bermaju.

Saya percaya bahawa ramai yang marah terhadap kemunculan “Kerajaan Pintu Belakang”. kerana rakyat memahami bahawa kerajaan Pakatan Harapan tidak diruntuhan atas sebab kesalahan yang dilakukan olehnya.

Antara yang hadir termasuk Wakil Khas Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Puan Ng Siam Luang.

Sumber Gambar Cover: Laman Web Rasmi Tan Hong Pin

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758