• Home
  • Harga Siling Ayam Harus Ikut Perubahan Pasaran, Elak Bekalan Kurang

Harga Siling Ayam Harus Ikut Perubahan Pasaran, Elak Bekalan Kurang

Kerajaan sekali lagi membuat pusingan U apabila membatalkan keputusan menghapuskan harga siling ayam. Saya menggesa kerajaan supaya menetap harga siling ayam berdasarkan keperluan pasaran untuk mengelakkan gangguan pasaran.

Kerajaan pada minggu lepas mengumumkan bahawa harga siling ayam akan berakhir pada 30 Jun dan membenarkan pengapungan harga ayam pada 1 Julai.

Namun, dengan pusingan U kerajaan sekali lagi, kawalan harga terpanjang dalam sejarah Malaysia selama 146 hari akan diteruskan.

Kerajaan yang kerap mengubah dasar kawalan inflasi menunjukkan kekurangan visi dan perancangan dalam kerajaan pengawalan inflasi. Ini menyebabkan kegagalan untuk menangani isu kenaikan harga barang selain pengurangan pendapatan boleh guna yang dihadapi oleh rakyat.

Berdasarkan data terbaru Jabatan Perangkaan pada bulan Mei, inflasi makanan terus menerajui kenaikan dengan mencapai paras baru 5.2%, iaitu tertinggi sejak November 2011, dengan sebanyak 93% barang mencatat kenaikan.

Saya telah mencadangkan pada 9 Jun agar Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menubuhkan Majlis Penasihat Harga yang terdiri daripada pakar industri dan ahli akademik yang berpengalaman dalam bidang, berdasarkan Akta Kawalan Harga dan Seksyen 41 Akta Antipencatutan 2011(Akta 723). Ini boleh membantu dalam  penetapan harga barang terkawal secara telus, memantau perubahan harga barangan keperluan secara sistematik, dan memberi solusi profesional dengan segera untuk mengelakkan kekurangan bekalan ayam pada Mei berulang kembali.

Harga siling yang berlangsung selama 146 hari tidak dapat mencerminkan perubahan harga makanan ternakan dan kos produksi yang cepat berubah.

Penetapan harga maksimum baru harus berdasarkan perubahan pasaran yang cepat berubah supaya pengusaha ayam tidak mengalami kerugian dan mengurangkan pengeluaran ayam yang seterusnya menyebabkan masalah kekurangan bekalan ayam tidak terjawab.

Jika kerajaan meneruskan dasar harga maksimum, polisi subsidi yang bersesuaian harus diteruskan selain memudahkan prosedur permohonan yang rumit supaya subsidi berkaitan dapat diluluskan dengan kadar segera untuk mengurangkan kebimbangan pengusaha ayam untuk mengawal kos.

Sumber Gambar Cover: China Press

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758