• Home
  • Gangguan Elektrik Kerap, Tan Hong Pin dan Ng Yak Howe Bertemu dengan TNB untuk Penyelesaian

Gangguan Elektrik Kerap, Tan Hong Pin dan Ng Yak Howe Bertemu dengan TNB untuk Penyelesaian

Baru-baru ini, kami telah melakukan perbincangan mendalam dengan pengurusan TNB Johor, terutamanya berkaitan isu gangguan elektrik yang kerap dan kesannya terhadap kehidupan masyarakat.

Kami memahami penyelesaian yang dicadangkan oleh TNB dan mendesak mereka untuk mempercepat kerja-kerja pembaikan dan peningkatan agar penduduk Muar dan Tangkak bebas daripada masalah gangguan elektrik yang kerap.

Walaupun kami telah mengadakan pertemuan kecil dengan pegawai TNB Muar sebelum ini, situasi gangguan elektrik terus berlaku dan semakin teruk dan memberi kesan yang serius terhadap kehidupan harian masyarakat. Oleh itu, kami juga telah menyatakan kebimbangan kami kepada Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim, Nik Nazmi dan membahas topik ini di Parlimen.

Melalui usaha berterusan, kami baru-baru ini berjaya mengadakan pertemuan dengan Pengurus Besar TNB Johor, Mohamed Noh, untuk membincangkan isu peningkatan dan pembangunan kemudahan bekalan elektrik di Muar. TNB mengumumkan bahawa mereka akan melaburkan RM54 juta tahun ini untuk meningkatkan dan membaiki fasiliti bekalan elektrik di Muar dan Tangkak dan kira-kira 30% kerja sudah selesai.

Saluran elektrik di Muar dan Tangkak menghadapi risiko gangguan akibat keperluan yang meningkat secara mendadak dan melebihi beban normal. Selain itu, saluran tersebut juga terdapat isu kerosakan kabel. Dengan ini, kami telah mengunjungi mobile PPU  dan PMU di Sungai Abong. Kami juga telah meninjau kemajuan kerja-kerja pembaikan di lokasi dan mengambil tahu tentang langkah-langkah untuk mengurangkan beban pada saluran elektrik. Situasi gangguan elektrik di kawasan Sungai Abong telah berkurangan dan langkah-langkah kecemasan untuk mengatasi krisis telah diwujudkan.

TNB juga merancang untuk membina PPU di Jalan Haji Parit Bakri untuk meningkatkan kecekapan bekalan dan memenuhi keperluan elektrik penduduk setempat yang semakin meningkat. Walaupun ini adalah langkah positif, kami masih bimbang tentang kemampuan TNB untuk menyelesaikan kerja-kerja ini dalam masa yang ditetapkan untuk memastikan bekalan elektrik yang stabil.

Oleh itu, kami akan terus memantau kerja-kerja pembaikan dan peningkatan yang dilakukan oleh TNB untuk memastikan mereka melaksanakan semua penyelesaian yang dicadangkan dalam tempoh waktu terpendek agar penduduk Muar dan Tangkak dapat bebas daripada kesulitan akibat gangguan elektrik.

Tan Hong Pin (kiri dua) dan Ng Yak Howe (tiga kiri) dalam perbincangan dengan Pengurus Besar TNB Johor, Mohamad Noor (kiri satu).

Sumber Gambar: Laman Web Rasmi Tan Hong Pin

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758