• Home
  • Dasar Lesen Rumah Bir Tidak Perlu Dilaksana Secara Tergesa-Gesa

Dasar Lesen Rumah Bir Tidak Perlu Dilaksana Secara Tergesa-Gesa

  1. Restoran dan kedai kopi yang menjual alkohol disyaratkan memohon Lesen Rumah Bir bermula 1 Jan depan. Kami berpendapat bahawa kerajaan tidak patut menambah beban kepada peniaga restoran dan kedai kopi di saat peniaga sedang keluar dari kerugian teruk akibat perintah kawalan pergerakan dan penutupan sempadan.
  2. Malaysia mempunyai cukai tertinggi kedua ke atas alkohol di seluruh dunia. Pelbagai cukai yang dikenakan pada arak telah menyebabkan harga arak yang dijual di Malaysia adalah antara yang tertinggi di dunia. 
  3. DAP menyokong mengawal arak secara sederhana disamping tidak menggalakkan “budaya mabuk”. Justeru, tiada masalah bagi kerajaan untuk mengenakan cukai pada minuman keras. Namun, kawalan yang terlampau tidak akan membawa hasil yang diinginkan.



    Sumber: https://atvnewsonline.com/asean/50142/
  4. Berdasarkan surat yang dikeluarkan oleh Jabatan Kastam Diraja Malaysia pada November, kedai kopi dan restoran perlu memohon Lesen Rumah Bir dan Jabatan Kastam akan mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap kedai kopi/restoran yang menjual arak tanpa lesen bermula 1 Jan 2022.
  5. Namun, proses permohonan menjual arak amat rumit. Kedai kopi/restoran yang menjual alkohol perlu memohon kelulusan dulu daripada pihak Bomba, PDRM, Jabatan Kastam dan PBT, barulah boleh memohon Lesen Rumah Bir di Pejabat Daerah. Proses kelulusan akan mengambil masa dalam 3 bulan hingga 6 bulan.
  6. Tambahan pula, yuran lesen tahunan untuk menjual alkohol telah ditetapkan antara RM840 hingga RM1,320 dan akan dikenakan kepada perniagaan bergantung pada waktu operasi mereka. 
  7. Cukai yang tinggi dan proses permohonan lesen yang rumit akan menyebabkan masalah aktiviti penyeludupan arak berleluasa dan merugikan negara dari segi kehilangan hasil.
  8. Penjualan bir – arak yang beralkohol rendah adalah 30% daripada hasil penjualan sesetengah kedai kopi. Namun begitu, penjualan bir tidak membawa keuntungan banyak kepada peniaga kerana minuman alkohol telah menaik harga akibat kenaikan harga bahan mentah.
  9. Sebanyak 30% kedai kopi dan restoran di Johor Selatan telah ditutup akibat perintah kawalan pergerakan dan penutupan sempadan bagi membendung penularan COVID-19.
  10. Banyak peniaga masih dalam proses pemulihan perniagaan akibat pandemik, warga Singapura dan pekerja Malaysia di Singapura masih tidak dapat berulang-alik Johor Bahru-Singapura dengan bebas, justeru restoran dan kedai kopi masih dalam keadaan susah. 
  11. Oleh yang demikian, kerajaan melaksanakan dasar penjualan alkohol baru secara tergesa-gesa akan menambah beban kepada mereka yang sedang susah dalam operasi perniagaan.          

Kenyataan media ini dikeluarkan pada 6 Disember 2021 secara bersama di Johor oleh:

  1. Tan Hong Pin, ADUN Skudai (DAP)
  2. Tan Chen Choon, ADUN Jementah (DAP)
  3. Ng Yak Howe, ADUN Bentayan (DAP)
  4. Yeo Tung Siong, ADUN Pekan Nenas (DAP)
  5. Ee Chin Li, ADUN Tangkak (DAP)
  6. Cheo Yee How, ADUN Perling (DAP)
  7. Cheng Chin Fatt, Pengerusi Ahli Jawatankuasa Cawangan Penaja DAP Bandar Mersing

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758