• Home
  • DAP Pertahankan Pendidikan Pelbagai Aliran, Prospek Pendidikan Cina PN Membimbangkan

DAP Pertahankan Pendidikan Pelbagai Aliran, Prospek Pendidikan Cina PN Membimbangkan

Anggota Parlimen Kinabatangan, Sabah, Datuk Seri Bung Moktar Radin, baru-baru ini menyatakan bahawa pendidikan pelbagai aliran adalah penyebab utama perpecahan rakyat. Ini menimbulkan kebimbangan bahawa pendidikan Cina sukar berkembang di bawah kepimpinan Perikatan Nasional dan prospeknya amat membimbangkan.

Sebagai negara yang berbilang kaum, budaya, etnik, dan kepercayaan agama, kepelbagaian seharusnya menjadi kelebihan kita.

Namun, Bung Moktar, demi “menunjukkan kehadiran di Parlimen” sendiri, membangkitkan isu pendidikan pelbagai aliran dan melupakan bahawa Sabah, sebagai “Negeri di Bawah Bayu”, adalah negeri yang memiliki berbilang etnik dan budaya. Kesederhanaan orang Sabah juga dapat dijadikan model untuk seluruh Malaysia.

Bung Moktar jelas bukanlah ahli politik UMNO pertama yang membuat pernyataan serupa, apa yang lebih menyedihkan adalah pemikiran sempit yang diwakilinya terus menjejas imej Malaysia sebagai negara berbilang budaya.

DAP selalu bertekad untuk mempertahankan pendidikan pelbagai aliran dan percaya bahawa untuk berjaya, Malaysia harus ada kepelbagaian. Selain mempertahankan budaya dan tradisi, setiap etnik harus berintegrasi untuk membentuk budaya Malaysia bersama dan mencipta bangsa Malaysia.

Pada era Pakatan Harapan, peruntukan pendidikan Cina meningkat secara mendadak, Pakatan Harapan juga memberi peruntukan secara sistematik di mana peruntukan diagihkan pada tahun yang sama dan menekankan ketelesan dan keterbukaan dalam penanganan dana bagi mencegah rasuah atau penyelewengan dana.

Dalam Belanjawan 2020 Kerajaan Pakatan Harapan telah menyediakan peruntukan tahunan yang mencecah 20 juta ringgit untuk pembangunan sekolah Cina. Buat kali pertama, sekolah menengah persendirian Cina menerima peruntukan yang mencecah 15 juta ringgit. Sekolah Cina yang menerima bantuan separuh penuh juga menerima 50 juta ringgit dan sekolah menengah jenis kebangsaan juga menerima peruntukan secra sistematik yang mencecah 20 juta ringgit, ditambah dengan peruntukan khas rutin sebanyak 50 juta ringgit yang diberikan kepada sekolah Cina yang menerima bantuan separuh penuh, belanjawan tahun depan juga menyediakan 12 juta ringgit tambahan untuk membayar bil utili dan pembuangan kumbahan. Oleh itu, Belanjawan Pakatan Harapan 2020 meningkatkan dana untuk pendidikan Cina sebanyak 67 juta ringgit!

Susulan tindakan parti-parti Perikatan Nasional yang mengambil alih kuasa melalui Langkah Sheraton yang tidak bermoral pada bulan Februari, MCA sekali lagi dilantik Timabalan Menteri Pendidikan. Namun, peruntukan untuk sekolah Cina yang menerima bantuan separuh penuh tiba-tiba “dialihkan” dan peruntukan untuk pembuangan kumbahan dan pembangunan sekolah hilang tanpa sebab. Semua ini menyebabkan prospek pembangunan pendidikan Cina gelap.

Saya mengajak semua untuk tetap berpegang pada harapan, jangan kehilangan semangat, DAP akan terus mempertahankan pendidikan pelbagai aliran demi membolehkan pendidikan dan budaya yang berbilang menyinari tanah air Malaysia.

Sumber Gambar Cover: Sin Chew

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758