• Home
  • Cegah Penyebaran COVID-19, Skudai Hantar Pesakit Positif Untuk Dikuarantin

Cegah Penyebaran COVID-19, Skudai Hantar Pesakit Positif Untuk Dikuarantin

Semalam, seorang individu bermasalah mental yang disahkan positif didapati berjalan-jalan di Flat Skudai. Dengan kadar segera, Pejabat ADUN Skudai membantu menangani situasi tersebut dan agensi berkenaan telah menghantar pesakit tersebut untuk dikuarantin bagi mengelakkan penyebaran wabak COVID-19.

Pada petang semalam, berita bahawa seorang individu yang disahkan positif tidak dapat mematuhi Perintah Pengawasan dan Pemerhatian Di Rumah (HSO) disebabkan oleh masalah mental. Pesakit tersebut didapati berjalan-jalan di Blok 59, Flat Skudai.

Setelah mendapat informasi, Pejabat ADUN Skudai pergi ke lokasi tersebut dengan kadar segera untuk memahami situasi. Pasukan Pejabat ADUN Perling juga hadir membantu.

Setelah tiba di lokasi, saya telah menghubunsg pihak polis dan hospital, selain meminta agensi berkenaan untuk menghantar pesakit yang positif itu untuk dikuarantin. Akhirnya, sebuah ambulans dari Hospital Sultanah Aminah tiba di lokasi.

Namun, pesakit yang positif itu enggan menaik ambulans disebabkan oleh masalah mental. Setelah dinasihati oleh kami dan pasukan perubatan, dia akhirnya menaik ambulans dan kini menjalani kuarantin di Hospital Sultanah Aminah.

Pasukan Sukarelawan Sanitasi Skudai telah menjalankan operasi sanitasi di rumah kediaman pesakit tersebut. Selain itu, operasi juga dijalankan di pusat peniaga kecil 59 blok Flat Skudai untuk memutuskan rantai COVID-19 dan mengelakkan penyebaran wabak agar penjaja dapat beroperasi dengan lega.

Saya mengucapkan terima kasih kepada pasukan perubatan atas tindakan profesionalisme mereka. Terima kasih juga diucapkan kepada Pasukan Skudai dan Perling atas bantuan yang mematuhi SOP. Ini membentuk kawasan kediaman yang aman bagi semua penduduk. 

Saya menggesa semua supaya tidak menyebar berita palsu dan tidak mendiskriminasi  golongan rentan. Rantai penyebaran COVID-19 hanya dapat diputuskan melalui kerjasama kita semua.

Saya juga mendesak rakyat Johor yang memerlukan operasi sanitasi percuma untuk menghubungi atau WhatsApp ke talian Pusat Komuniti Skudai 010-5351758.

Sumber Gambar Cover: Sin Chew Jit Poh

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758