• Home
  • “Angpau Elektronik” PH Berdasarkan Trend Teknologi

“Angpau Elektronik” PH Berdasarkan Trend Teknologi

Pusat Komuniti Skudai telah memulakan pemberian bantuan kepada penduduk untuk memohon “Angpau Elektronik” yang diberikan oleh Kerajaan Pakatan Harapan mulai 20 Februari sehingga 27 Februari. Kini, bantuan ini telah berlangsung selama 4 hari dan berjaya membantu 400 orang membuat permohonan “Angpau Elektronik”.

Suka atau tidak, mod penggunaan elektronik dijangka akan menjadi trend global kerana beberapa negara seperti China, Taiwan dan lain-lain telah mula melaksanakan mod pembayaran elektronik.

Dalam Belanjawan 2020, Kerajaan Pakatan Harapan telah memperkenalkan inisiatif “Angpau Elektronik” bernilai RM30, di mana semua warganegara yang berumur 18 tahun ke atas dengan pendapatan tahunan tidak melebihi RM100,000 layak untuk memohon.

Sudah tentu inisiatif ini merupakan langkah kerajaan untuk mengikuti trend antarabangsa dan menggalak rakyat untuk mengikuti perkembangan zaman dengan mempersiapkan diri bagi memasuki pasaran penggunaan elektronik.

Melalui inisiatif ini, rakyat dapat merasai mod penggunaan elektronik secara percuma kerana kita hanya perlu memuat turun dompet elektronik dan memohon “Angpau Elektronik” untuk mengalami kebaikan pengalaman ini.

Dari 15 Januari sehingga 5 Februari tahun ini, jumlah pemohon telah mencecah 6 juta orang dan jumlah “Angpau Elektronik” yang diberikan melebihi RM180 juta.

Kini, terdapat lebih daripada 16,100 perusahaan dan peniaga yang telah mendaftar untuk menyertai aktiviti “Angpau Elektronik”, aktiviti ini berjaya secara keseluruhannya.

Seterusnya, kami akan terus ke kawasan lain seperti Taman Seri Orkid, Kampung Batu 8 1/2, Bandar Baru Selesa Jaya untuk mendirikan kaunter bergerakbagi membantu orang ramai untuk memohon “Angpau Elektronik”. Saya menjemput semua untuk ambil kesempatan ini agar tidak ketinggalan.

Tarikh akhir permohonan “Angpau Elektronik” adalah 9 Mac dan mereka yang telah mendapat “Angpau Elektronik” juga disarankan untuk menggunakannya sebelum 14 Mac. Jika tidak, angpau tersebut akan dibatalkan.

Untuk sebarang pertanyaan, sila melayari laman Facebook ADUN Skudai, Tan Hong Pin di https://www.facebook.com/hongpintan, mengunjungi Pusat Komuniti Skudai: 93, Jalan Nakhoda 12, Taman Ungku Tun Aminah, 81300 Skudai atau hubungi 010-535 1758 untuk pertanyaan.

Sumber Gambar Cover: Oriental Daily

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758