• Home
  • Aduan Vaksinasi Diabaikan, MySejahtera Perlu Ditambah Baik

Aduan Vaksinasi Diabaikan, MySejahtera Perlu Ditambah Baik

Susulan kesulitan yang dihadapi masyarakat dalam proses vaksinasi dan ketiadaan saluran untuk mengadu, saya menyeru kerajaan untuk memperbaiki sistem pengagihan vaksin dan aduan MySejahtera bagi memastikan masyarakat dapat divaksin dengan lancar.

Baru-baru ini, saya menerima aduan daripada Encik Xu. Beliau memberitahu bahawa ibunya, Puan Lim, yang berusia 72 tahun, belum menerima janji temu untuk dos kedua vaksin melalui MySejahtera setelah sebulan.

Puan Lim telah menerima dos pertama pada 1 Julai di sebuah klinik swasta di Nusajaya. Namun, rekod dos pertama tidak terpapar dalam aplikasi MySejahtera.

Pada 4 Julai, Puan Lim berasa hairan apabila MySejahtera memintanya untuk mendapatkan dos pertama vaksin pada 7 Julai di klinik swasta lain.

Encik Xu kemudian menggunakan berbagai saluran untuk menyampaikan masalah ini kepada pihak berkenaan tetapi aduannya tidak diambil perhatian. Ketika Encik Xu menghubungi talin hotline vaksin COVID-19, pihak berkuasa memintanya untuk mengirim email mengenai masalah tersebut. Namun setelah mengirim email, dia berasa cemas kerana tidak menerima respons. 

Encik Xu juga telah membawa ibunya ke klinik untuk bertanya, namun klinik tersebut tidak memiliki rekod vaksinasi Puan Lim dan meminta Puan Lim untuk melaporkan masalahnya kepada pihak berkuasa melalui MySejahtera.

Setelah masalah berlaku selama sebulan, Encik Xu menghadiri ke Pejabat ADUN Skudai untuk meminta bantuan. Dengan kadar segera, saya menulis surat kepada Jabatan Kesihatan Negeri Johor untuk menyiasat kes tersebut. Akhirnya, Puan Lim dapat kembali ke klinik swasta yang asal pada 18 Ogos untuk menerima dos kedua vaksin.

Walaupun Puan Lim akhirnya menerima dos kedua vaksin setelah tujuh minggu, proses birokrasi yang dialaminya sangat mengecewakan. Saya percaya terdapat banyak orang yang lain juga menghadapi masalah yang sama seperti Puan Lim.

Ketika menghadapi masalah vaksinasi, masyarakat biasanya disarankan untuk menggunakan aplikasi MySejahtera dan hotline untuk menyalurkan aduan. Namun, talian hotline sering sibuk dan aplikasi MySejahtera juga tidak dapat membantu menyelesaikan masalah secara efektif. Adakah saluran alternatif yang lain untuk masyarakat?

Oleh itu, saya mendesak pihak berkuasa untuk menambah baiik MySejahtera dan proses vaksinasi yang rumit, termasuk menambah jumlah kakitangan untuk menangani aduan dan pertanyaan vaksin dari masyarakat bagi memastikan isu masyarakat dapat diselesaikan secara efektif.

Sumber Gambar Cover: Lowyat.NET

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758