• Home
  • 3,194 Orang Berdaftar di Bawah Kempen Vaksinasi Warga Emas

3,194 Orang Berdaftar di Bawah Kempen Vaksinasi Warga Emas

Untuk makluman, Pejabat ADUN Skudai telah menerima pendaftaran seramai 3,194 orang dari 10 daerah seluruh negeri Johor di bawah inisiatif Kempen Vaksinasi Warga Emas yang telah dilancarkan baru-baru ini.

Analisis awal mendapati, sebanyak 30 peratus daripada keseluruhan individu yang berdaftar di bawah inisiatif berkenaan berumur 70 tahun dan ke atas.

Peratusan tersebut membimbangkan saya kerana menterjemah realiti sebenar dihadapi oleh warga emas kita yang masih belum mendapat suntikan vaksin.

Saya telah mengemukakan senarai daftar di bawah inisiatif tersebut kepada pihak MOSTI dan akan terus mengikuti rapat maklum balas tentang giliran suntikan warga emas yang terbabit.

Terkini, 750 orang warga emas daripada 3,194 orang yang berdaftar tersebut telah diberikan janji temu untuk menerima suntikan vaksin.

Oleh itu, saya mengajak warga emas atau penjaga mereka untuk mengisi Google Form Kempen Vaksinasi Warga Emas seperti pautan berikut: https://forms.gle/bus4e2HCCSJRPhfd7

Sebarang pertanyaan berhubung inisiatif tersebut boleh disalurkan melalui panggilan atau pesanan WhatsApp di talian 012-5141758.

Sumber Gambar: Laman Web Rasmi Tan Hong Pin

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758