• Home
  • 1,000 Jalur Gemilang diedarkan di Skudai

1,000 Jalur Gemilang diedarkan di Skudai

  1. Sejumlah 1,000 Jalur Gemilang telah diedarkan kepada warga Skudai baru-baru ini bagi menyemarakkan lagi sambutan Hari Kebangsaan ke-61 yang disusuli dengan Hari Malaysia pada tahun ini.
  1. Pengedaran Jalur Gemilang ini merupakan rutin tahunan saya dengan objektif untuk menyuntik dan menyemai semangat patriotisme dan sifat kepunyaan dalam kalangan masyarakat terhadap negara. 
  1. Selain mendekati orang awam di sekitar Skudai, pengedaran yang turut disertai oleh Wakil Khas Ahli Parlimen Iskandar Puteri, Pn. Ng Siam Luang dan sukarelawan turut mengedarkan Jalur Gemilang kepada para peniaga di Pasar Awam Taman Ungku Tun Aminah dan Pasar Peladang Skudai. 
  1. Rutin tahunan saya pada kali ini sedikit berbeza semangatnya dengan faktor perubahan yang diterjemahkan rakyat dalam Pilihanraya Umum ke-14 (PRU14) lalu setelah sekian lama di bawah rejim pemerintahan terdahulu dengan pelbagai kerosakan tinggalan pemimpin sebelumnya. 
  1. Justeru itu, saya ingin menekankan agar Jalur Gemilang ini dikibarkan sentiasa dengan megah oleh semua tanpa mengira latar keturunan, kepercayaan dan pegangan serta haluan ideologi politik. 

Sumber Gambar Cover: Oriental Daily

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758