• Home
  • ๐—ฅ๐˜‚๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ถ๐—ธ๐—ฒ๐—บ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐——๐—ฒ๐˜„๐—ฎ๐—ป ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—๐—ผ๐—ต๐—ผ๐—ฟ ๐—”๐—ด๐—ฎ๐—ฟ ๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐˜๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฒ๐—ธ๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด-๐—ž๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ป๐˜†๐—ฎ ๐Ÿญ.๐Ÿฑ ๐—๐˜‚๐˜๐—ฎ ๐——๐—ผ๐˜€ ๐—ฆ๐˜‚๐—ป๐˜๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฉ๐—ฎ๐—ธ๐˜€๐—ถ๐—ป ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฏ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ป

๐—ฅ๐˜‚๐—ป๐—ฑ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ถ๐—ธ๐—ฒ๐—บ๐˜‚๐—ธ๐—ฎ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ž๐—ฒ๐—ฝ๐—ฎ๐—ฑ๐—ฎ ๐——๐—ฒ๐˜„๐—ฎ๐—ป ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐—๐—ผ๐—ต๐—ผ๐—ฟ ๐—”๐—ด๐—ฎ๐—ฟ ๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐—ก๐—ฒ๐—ด๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ ๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฎ๐˜€๐˜๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฃ๐—ฒ๐—บ๐—ฏ๐—ฒ๐—ฟ๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฒ๐—ธ๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด-๐—ž๐˜‚๐—ฟ๐—ฎ๐—ป๐—ด๐—ป๐˜†๐—ฎ ๐Ÿญ.๐Ÿฑ ๐—๐˜‚๐˜๐—ฎ ๐——๐—ผ๐˜€ ๐—ฆ๐˜‚๐—ป๐˜๐—ถ๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—ฉ๐—ฎ๐—ธ๐˜€๐—ถ๐—ป ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฏ๐˜‚๐—น๐—ฎ๐—ป

Saya telah mengemukan rundingan sebelum 14 hari Dewan Negeri Johor bersidang bagi membahaskan tentang bekalan vaksin yang perlu dikendalikan oleh Kerajaan Negeri Johor untuk memastikan sekurang-kurangnya 1.5 juta dos vaksin sebulan dapat diberikan sehingga sasaran imuniti kelompok dapat dicapai.

Rundingan tersebut telah disokong oleh ADUN Pekan Nenas, YB Yeo Tung Siong dan dikemukakan berdasarkan Peraturan Tetap Fasal 30 (2) Peraturan-Peraturan dan Perintah-Perintah Tetap Dewan Negeri Johor.

Berdasarkan statistik daripada Jabatan Perangkaan Malaysia, jumlah populasi negeri Johor adalah seramai 3.78 juta orang โ€“ dengan pecahan orang dewasa berumur 18 tahun ke atas berjumlah 2.71 orang. Justeru itu, rakyat Johor yang dalam kategori dewasa tersebut perlu segera menerima suntikan vaksin sekiranya ingin mencapai 70% peratus imuniti kelompok.

Setakat ini, jumlah pemberian suntikan vaksin dos pertama setakat ini adalah 1,039,924 dos manakal jumlah dos kedua pula adalah 422,633 dos. Jumlah keseluruhan vaksin yang telah disuntik adalah 1,462,557 dos berbanding 5.42 juta dos vaksin yang diperlukan untuk suntik 2.71 juta orang dewasa. Dirumuskan bahawa negeri Johor kini mengalami kekurangan bekalan vaksin sebanyak 3.96 dos vaksin.

Menteri Besar Johor, YAB Datuk Hasni Mohammad pernah menyatakan harapan agar Johor dapat mencapai imuniti kelompok menjelang bulan Oktober hadapan. Sekiranya Johor masih mengikut trend semasa, harapan dan matlamat tersebut amat sukar dicapai mengikut sasaran ditetapkan.

Diakui bahawa proses vaksinasi di Johor kini telah stabil dengan pencapaian 30 ribu dos harian dan telah melebihi 40 ribu dos selama tempoh empat (4) hari dengan purata tujuh (7) hari dos vaksin mencecah 40,232 dos vaksin. Namun begitu, Johor masih tidak mampu mencapai angka 50 ribu dos vaksin sehari.

Jika jumlah vaksinasi harian di Johor meningkat kepada 50 ribu dos sehari pada bulan Ogos depan, Johor mungkin mampu mencapai imuniti kelompok pada bulan Oktober nanti tetapi kita mensisakan satu bulan akibat suntikan vaksin harian yang kurang.

Dengan mengambil maklum bahawa kes jangkitan COVID-19 di negeri Johor kembali serius bulan ini dengan jumlah kes harian direkodkan melebihi standard bawah Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara iaitu 463 kes sehari. Sekiranya keadaan ini berterusan, bilakah Johor boleh memasuki Fasa Kedua Pelan Pemulihan Negara? Sejauh mana keadaan tersebut memberi kesan kepada rakyat dan PKS?

Rekod kes harian Johor kini sebaris dengan Selangor dan Kuala Lumpur malah ketiga-tiga negeri ini juga memainkan peranan penting dalam menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara. Namun begitu, kadar vaksinasi Johor menduduki tangga dua di belakang berbanding negeri-negeri lain. Sekiranya Kerajaan Pusat mengabaikan keperluan Johor dalam proses vaksinasi, bilakah Johor mampu mencapai status imuniti kelompok?

Sehubungan dengan itu, saya mengorak langkah proaktif dengan mengemukakan rundingan untuk dibahaskan dalam Sidang Dewan Negeri tersebut berasarkan Peraturan dan Perintah Tetap Dewan Negeri Johor. Langkah tersebut secara tidak langsung memberi peluang kepada Ahli-Ahli Dewan Negeri Johor dari belah Kerajaan dan Pembangkang berbahas dan mencapai permuafakatan agar Kerajaan Negeri Johor mesti memastikan bekalan vaksin sekurang-kurangnya 1.5 juta dos sebulan sehingga mencapai sasaran imuniti kelompok.

Melalui rundingan yang dikemukakan sebelum 14 hari persidangan nanti, saya menyeru ADUN dari kedua-dua belah bekerjasama agar rakyat Johor dapat bangkit daripada kesan buruk wabak COVID-19 secepat mungkin.

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758