• Home
  • ๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ถ๐—ด๐—ฒ๐˜€๐—ฎ ๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—น๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—จ๐—ท๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฅ๐—ง๐—ž-๐—”๐—ป๐˜๐—ถ๐—ด๐—ฒ๐—ป ๐—–๐—ผ๐˜ƒ๐—ถ๐—ฑ-๐Ÿญ๐Ÿต ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฐ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐— ๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐˜€

๐—ž๐—ฒ๐—ฟ๐—ฎ๐—ท๐—ฎ๐—ฎ๐—ป ๐——๐—ถ๐—ด๐—ฒ๐˜€๐—ฎ ๐— ๐—ฒ๐—บ๐—ฝ๐—ฒ๐—ฟ๐—ธ๐—ฒ๐—ป๐—ฎ๐—น๐—ธ๐—ฎ๐—ป ๐—จ๐—ท๐—ถ๐—ฎ๐—ป ๐—ฆ๐—ฎ๐—ฟ๐—ถ๐—ป๐—ด๐—ฎ๐—ป ๐—ฅ๐—ง๐—ž-๐—”๐—ป๐˜๐—ถ๐—ด๐—ฒ๐—ป ๐—–๐—ผ๐˜ƒ๐—ถ๐—ฑ-๐Ÿญ๐Ÿต ๐—ฆ๐—ฒ๐—ฐ๐—ฎ๐—ฟ๐—ฎ ๐— ๐—ฒ๐—น๐˜‚๐—ฎ๐˜€

Kerajaan sepatutnya memperkenalkan ujian saringan RTK-Antigen Covid-19 secara kendiri di rumah bagi memutuskan rantaian penyebaran Covid-19 di samping bersedia untuk pemulihan negara.

Walaupun kes Covid di Malaysia telah menurun dari 9000 kes hingga 6000 kes di dua minggu ini, namun jumlah ujian harian dilakukan KKM pun menurun.

Berdasarkan laporan analisis daripada laman CodeBlue, jumlah saringan pada minggu 6 Jun hingga 12 Jun lebih rendah daripada jumlah saringan pada minggu 23 Mei hingga 29 Mei, tetapi kes positif masih di tahap yang tinggi, iaitu lebih kurang 6% daripada sejumlah saringan dan angka ini lebih tinggi daripada standard WHO (<5%).

Menurut Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba, purata kes Covid-19 di Malaysia perlu berada di bawah 4,000 kes sehari selama tujuh hari berturut-turut bagi membolehkan negara beralih ke fasa kedua mengikut Pelan Pemulihan Negara.

Bilangan ujian saringan amat penting untuk mengesan pesakit Covid-19 dalam komuniti bagi memutuskan rantaian jangkitan Covid-19.

Saya juga memahami keadaan kekurangan pengamal perubatan dalam menangani wabak Covid-18. Justeru, kerajaan boleh mencontohi pengalaman ujian saringan secara kendiri daipada British, France, Jerman, Australia dan memberi test kit berkenaan kepada orang awam supaya kita boleh menjalankan ujian saringan secara kendiri di rumah.

Sebagai contoh, Kerajaan Jerman telah memberi ujian saringan RTK-Antigen secara percuma kepada rakyat bagi memutuskan penyebaran Covid-19. Apabali Kerajaan Jerman hendak menamatkan โ€œtotal lockdownโ€ dan memulihkan aktiviti ekonomi di Jerman, mereka telah menetapkan agar setiap syarikat dan sekolah di sana membuat ujian saringan Covid-19 seminggu sekali bagi mengesan pesakit Covid-19 dan seterusnya mengenalpasti kontak rapat supaya memberikan rawatan awal kepada pesakit berkenaan.

Sementara itu, Kerajaan Switzerland membekalkan 5 set RTK-Antigen kit ujian kepada penduduk untuk perlu buat ujian saringan kendiri. Langkah tersebut dapat mengesan pesakit Covid-19 dengan pantas sekali gus dapat mengelakkan โ€œtotal lockdownโ€.

Ketepatan RTK-Antigen di pasaran sekarang adalah lebih kurang 90%. Justeru, kerajaan digesa memperkenalkan ujian saringan kendiri secara meluas tanpa perlu bergantung dengan pengamal perubatan profesional dan rakyat juga boleh menjalankan ujian saringan sendiri dengan percuma atau harga yang murah.

Formula terbaik untuk menangani wabak Covid-19 adalah menjalankan program vaksinasi dan ujian saringan secara meluas dan justeru saya menyeru kerajaan memperkenalkan ujian saringan kendiri secara meluas supaya negara boleh bersedia di arah pemulihan.

Sumber Gambar Cover: Laman Web Rasmi Tan Hong Pin

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758