• Home
  • ๐‘๐š๐ง๐œ๐š๐ง๐  ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐‚๐ž๐ซ๐ฆ๐š๐ญ ๐๐š๐ง ๐”๐ฆ๐ฎ๐ฆ๐ค๐š๐ง ๐’๐ž๐ง๐š๐ซ๐š๐ข ๐’๐ž๐ฆ๐š๐ค ๐’๐ž๐›๐ž๐ฅ๐ฎ๐ฆ ๐’๐ž๐ญ๐ž๐ง๐ ๐š๐ก ๐‰๐ฎ๐ญ๐š ๐๐ž๐ฅ๐š๐ฃ๐š๐ซ ๐๐š๐ง ๐†๐ฎ๐ซ๐ฎ ๐ƒ๐ข๐š๐ซ๐š๐ก๐ค๐š๐ง ๐๐š๐ฅ๐ข๐ค ๐ค๐ž ๐’๐ž๐ค๐จ๐ฅ๐š๐ก ๐๐ข ๐›๐š๐ฐ๐š๐ก ๐…๐š๐ฌ๐š ๐ƒ๐ฎ๐š ๐๐๐

๐‘๐š๐ง๐œ๐š๐ง๐  ๐๐ž๐ง๐ ๐š๐ง ๐‚๐ž๐ซ๐ฆ๐š๐ญ ๐๐š๐ง ๐”๐ฆ๐ฎ๐ฆ๐ค๐š๐ง ๐’๐ž๐ง๐š๐ซ๐š๐ข ๐’๐ž๐ฆ๐š๐ค ๐’๐ž๐›๐ž๐ฅ๐ฎ๐ฆ ๐’๐ž๐ญ๐ž๐ง๐ ๐š๐ก ๐‰๐ฎ๐ญ๐š ๐๐ž๐ฅ๐š๐ฃ๐š๐ซ ๐๐š๐ง ๐†๐ฎ๐ซ๐ฎ ๐ƒ๐ข๐š๐ซ๐š๐ก๐ค๐š๐ง ๐๐š๐ฅ๐ข๐ค ๐ค๐ž ๐’๐ž๐ค๐จ๐ฅ๐š๐ก ๐๐ข ๐›๐š๐ฐ๐š๐ก ๐…๐š๐ฌ๐š ๐ƒ๐ฎ๐š ๐๐๐

Berdasarkan perincian SOP Fasa 2 Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang diumumkan oleh Majlis Keselamatan Negara pada bulan yang lalu, pelajar dan calon yang menduduki peperiksaan SPM, STPM, SVM, STAM, SKM, DVM dan peperiksaan antarabangsa yang setara dibenarkan hadir ke sekolah merentasi daerah dan negeri mengikut takwim persekolahan yang ditetapkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dengan dokumen pengesahan daripada KPM, MARA atau Kementerian / Agensi yang berkaitan.

Pergerakan guru atau tenaga pengajar bagi tujuan Pengajaran dan Pembelajaran kelas-kelas yang terlibat dalam peperiksaan juga dibenarkan manakala pergerakan bagi kemasukan pelajar-pelajar ke asrama bagi kelas-kelas peperiksaan yang ditetapkan oleh KPM juga dibenarkan dengan pengesahan daripada agensi yang berkaitan1.

Setakat ini enam negeri iaitu Perlis, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Pulau Pinang telah memasuki Fasa 2 PPN sejak awal Julai 2021. Dijangka beberapa negeri lain termasuk Johor akan beralih ke Fasa 2 PPN pada minggu ini atau minggu hadapan. Ini bermakna ratusan ribu pelajar dan guru akan dibenarkan hadir ke sekolah mulai 25 atau 26 Julai selepas cuti sekolah Hari Raya Haji berakhir.

Dengan itu, saya memanggil Menteri Pendidikan segera tampil memberi kepastian kepada para pelajar, ibu bapa, guru-guru dan semua pihak yang terlibat berkenaan tarikh pembukaan sekolah serta tahap kesiapsiagaan untuk menjalankan PdP secara fizikal di sekolah dalam keadaan yang selamat untuk para pelajar dan guru yang terlibat.

Berdasarkan statistik Pelajar dan Guru Sekolah Menengah terbitan KPM pada Jun 2020, jumlah bilangan pelajar dan guru di sekolah menengah adalah 1,988,456 orang dan 180,178 orang masing-masing. Negeri Selangor mempunyai bilangan pelajar yang terbesar dengan 363,441 orang diikuti oleh Johor seramai 243,872 orang (rujuk Jadual 1).

Di negeri Johor sahaja, bilangan pelajar yang mengikuti kelas peperiksaan SPM dan STPM dianggarkan melebihi 50,000 orang. Sebahagian daripada mereka adalah pelajar di Sekolah Berasrama Penuh, Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) ataupun sekolah-sekolah berasrama yang lain. Apakah sekolah-sekolah tersebut termasuk asrama-asmara telah bersiap siaga menerima pelajar-pelajar tersebut kembali sekolah?

Saya memohon KPM memastikan semua sekolah dapat memenuhi senarai semak yang lengkap dan jelas sebelum pelajar dibenarkan hadir ke sekolah. Senarai semak tersebut haruslah dibuat berasaskan data dan sains yang kukuh. Pada pendapat saya, tiga perkara berikut harus berada dalam senarai semak tersebut:

Pertama, suntikan vaksin lengkap dua dos untuk semua guru dan kakitangan sokongan yang terlibat. Di Johor, masih ramai guru yang belum mendapat apa-apa suntikan setakat ini walaupun telah lama berdaftar. Tahap vaksinasi antara guru adalah KPI penting yang perlu disiarkan dari semasa ke semasa.

Kedua, suntikan vaksin untuk para pelajar kelas peperiksaan SPM dan STPM iaitu mereka yang berada dalam lingkungan umur 17 tahun ke 20 tahun. Diketahui bahawa Kerajaan masih belum mengambil ketetapan sama ada kumpulan remaja wajar divaksin atau tidak walaupun NPRA telah meluluskan penggunaan vaksin Pfizer/BioNtech untuk kumpulan remaja yang berumur 12 tahun hingga 18 tahun2. Di beberapa negara lain termasuk Singapura kumpulan remaja mula menerima vaksin tetapi ada juga negara seperti UK yang menangguh program vaksinasi remaja atas pertimbangan risiko yang tertentu dan situasi penularan Covid semasa. Untuk keadaan di Malaysia saya berpendapat risiko penularan wabak antara para pelajar khususnya di sekolah berasrama adalah sangat tinggi sekiranya populasi pelajar tidak divaksin terdahulu sebelum kembali ke sekolah.

Penyediaan Garis Panduan Pengudaraan di Ruang Dalam (Indoor Ventilation) untuk bangunan sekolah dan pematuhan yang ketat. Sejak awal 2021 WHO telah menekankan kepentingan pengudaraan di ruang dalam untuk mengurangkan risiko jangkitan virus3. Pakar-pakar kesihatan awam telah berulang kali menyeru kerajaan menerbitkan garis panduan pengudaraan yang sesuai untuk aplikasi di negara kita dan telah dilaporkan bahawa MKN dalam proses membuat ketetapan yang berkenaan4. Sebelum Garis Panduan Pengudaraan khas untuk sekolah dapat dilaksanakan dengan baik, seharusnya ditangguhkan dahulu kehadiran para pelajar dan guru ke sekolah.

Pembukaan sekolah untuk pelajar kelas peperiksaan di bawah Fasa 2 PPN haruslah diuruskan dengan teratur dan cermat. Ini adalah langkah pertama ke arah pembukaan sekolah secara berfasa sehingga semua murid dan pelajar dapat kembali ke sekolah suatu hari nanti apabila keadaan Covid lebih terkawal. Tanpa garis panduan dan senarai semak yang telus, sudah tentu ibu bapa malah guru-guru pun merasa gusar dan kurang yakin jika pelajar diarahkan balik ke sekolah susulan peralihan ke Fasa 2 PPN.

Sumber Gambar Cover: Laman Web Rasmi Tan Hong Pin

  1. https://asset.mkn.gov.my/web/wp-content/uploads/sites/3/2019/08/Pelan-Pemulihan-Negara-
    SOP-Fas a-2-Kemaskini-9-Julai-2021.pdf โ†ฉ๏ธŽ
  2. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/govt-reconsider-administering-pfizer-vaccine-
    adolescents-khairy-305979 โ†ฉ๏ธŽ
  3. https://www.who.int/publications/i/item/9789240021280 โ†ฉ๏ธŽ
  4. ย https://www.malaysiakini.com/news/581901 โ†ฉ๏ธŽ

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758