• Home
  • ๐Œ๐ž๐ฆ๐›๐š๐ฅ๐š๐ฌ ๐”๐ฅ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐ƒ๐š๐ญ๐จโ€™ ๐ƒ๐ซ ๐’๐š๐ก๐ซ๐ฎ๐๐๐ข๐ง ๐‰๐š๐ฆ๐š๐ฅ ๐๐ž๐ซ๐ค๐ž๐ง๐š๐š๐ง ๐‚๐š๐›๐š๐ซ๐š๐ง ๐•๐š๐ค๐ฌ๐ข๐ง ๐๐ข ๐๐š๐ ๐จ๐ก ๐๐š๐ง ๐Š๐š๐ฐ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐‹๐ฎ๐š๐ซ ๐๐š๐ง๐๐š๐ซ ๐๐ข ๐‰๐จ๐ก๐จ๐ซ – ๐‰๐ฎ๐ซ๐š๐ง๐  ๐•๐š๐ค๐ฌ๐ข๐ง ๐€๐ง๐ญ๐š๐ซ๐š ๐๐š๐ง๐๐š๐ซ ๐๐š๐ง ๐‹๐ฎ๐š๐ซ ๐๐š๐ง๐๐š๐ซ
ๅœฐๅ›พ๏ผšไฝไบŽ้ƒŠๅค–็š„ๆญฆๅ‰ๅ“ˆ้€ข้•‡๏ผˆPekan Bukit Kepong๏ผ‰ใ€ๆญฆๅ‰ๅ“ˆ้€ข้•‡๏ผˆPekan Bukit Kepong๏ผ‰ๅ’Œ้ฉฌไฟ„ไธ˜ๅžฆๆฎ–ๅŒบ๏ผˆFelda Maโ€™okil๏ผ‰๏ผŒ่ฟ™ไบ›ๅœฐๆ–น้ƒฝไธŽๅทด่Žช็–ซ่‹—ๆŽฅ็งไธญๅฟƒๆœ‰ๅคงๆฎต็š„่ท็ฆปใ€‚ๅ…ถไธญ๏ผŒ้ฉฌไฟ„ไธ˜ๅžฆๆฎ–ๅŒบ๏ผˆFelda Maโ€™okil๏ผ‰ๅˆฐๅทด่Žช็–ซ่‹—ๆŽฅ็งไธญๅฟƒๆ›ด้•ฟ่พพ52ๅ…ฌ้‡Œใ€‚

๐Œ๐ž๐ฆ๐›๐š๐ฅ๐š๐ฌ ๐”๐ฅ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐ƒ๐š๐ญ๐จโ€™ ๐ƒ๐ซ ๐’๐š๐ก๐ซ๐ฎ๐๐๐ข๐ง ๐‰๐š๐ฆ๐š๐ฅ ๐๐ž๐ซ๐ค๐ž๐ง๐š๐š๐ง ๐‚๐š๐›๐š๐ซ๐š๐ง ๐•๐š๐ค๐ฌ๐ข๐ง ๐๐ข ๐๐š๐ ๐จ๐ก ๐๐š๐ง ๐Š๐š๐ฐ๐š๐ฌ๐š๐ง ๐‹๐ฎ๐š๐ซ ๐๐š๐ง๐๐š๐ซ ๐๐ข ๐‰๐จ๐ก๐จ๐ซ – ๐‰๐ฎ๐ซ๐š๐ง๐  ๐•๐š๐ค๐ฌ๐ข๐ง ๐€๐ง๐ญ๐š๐ซ๐š ๐๐š๐ง๐๐š๐ซ ๐๐š๐ง ๐‹๐ฎ๐š๐ซ ๐๐š๐ง๐๐š๐ซ

ADUN Bukit Kepong merangkap mantan Menteri Besar Johor, YB Datoโ€™ Dr. Sahruddin Jamal nampak sedikit marah dan hilang kesabaran apabila membalas kenyataan media kami berkenaan kegusaran rakyat luar bandar di Johor menunggu vaksin Covid1. Kami turut diperingatkan bahawa DUN Bukit Kepong di bawah Parlimen Pagoh adalah kawasan Datoโ€™ Dr Sahruddin Jamal.

Kami membangkitkan isu tersebut atas rasa tanggungjawab sebagai wakil rakyat yang seharusnya memantau kerja pihak kerajaan menangani krisis Covid. Amat jelas bahawa rakyat di luar bandar masih menunggu vaksin dalam kegusaran. Masih ada jurang vaksin yang besar antara bandar dan luar bandar dan perkara sedemikian tidak sepatutnya berlaku baik di kawasan PM, ataupun di mana-mana kawasan yang lain.

Teguran kami adalah supaya pihak berkuasa memperbetulkan keadaan segera. Pada masa yang sama para pemimpin dari Pakatan Harapan telah dan akan terus memberi sokongan yang padu kepada KKM dalam memerangi wabak Covid. Sama ada teguran kami berniat jahat seperti yang dituduh oleh mantan MB atau tidak, biarlah kita serah kepada rakyat yang menilai.

Kepada berita yang disahkan oleh Datoโ€™ Dr. Sahruddin bahawa PPV Dewan Serbaguna Pagoh akan buka mulai 6hb Jun ini, kami ucapkan syabas. Ini perkembangan positif. Cuma masih banyak penempatan luar bandar yang perlukan PPV dalam komuniti segera. Sebagai contoh, kita boleh melihat Pekan Bekok (52km dari PPV di Segamat), Kangkar Baharu Yong Peng (38km dari PPV di Batu Pahat), Kahang (42km dari PPV di Kluang) dan banyak lagi tempat yang mempunyai penduduk ramai tetapi tiada PPV yang mudah capai. Kita perlu menambah PPV secara berlipatganda, bukan satu demi satu.

Empat puluh tujuh (47) hari telah berlalu sejak permulaan Fasa 2 Program Imunisasi Covid Kebangsaan (PICK) pada 19 April 2021 sebelum PPV pertama dapat berfungsi di kerusi Parlimen PM. Bukankah ia terlalu lama? Memandangkan Mukim Jorak dan Mukim Grisek di bawah Parlimen Pagoh berada dalam Senarai Mukim Zon Merah dengan ratusan kes positif dan kes-kes kematian (rujuk Gambar 1, Senarai Mukim Merah di Johor). Kita berdepan dengan krisis yang meragut nyawa rakyat tiap-tiap hari. Tiada masa untuk kita berbicara dan berhujah dengan rentak biasa atau cara โ€˜business-as-usualโ€™.

Ditekankan sekali lagi bahawa Pagoh bukan kes berasingan, tetapi gambaran kepada fenomena di seluruh Johor, malah mungkin di seluruh negara. Dengan menonjolkan contoh Pagoh kami cuba menarik perhatian semua pihak agar nasib penduduk luar bandar tidak diabaikan.

Berdasarkan kenyataan CITF Negeri Johor semalam2, sekiranya sesebuah kawasan mempunyai sasaran 8,000 orang penerima vaksin dalam lingkungan radius 10km maka sebuah PPV boleh disediakan. Sekiranya syarat 8,000 orang ini telah dilaksanakan di lapangan maka negeri Johor sudah ada sekurang-kurangnya 100 buah PPV.

Pun begitu, syarat 8,000 orang tersebut tidak sesuai untuk keadaan di luar bandar. Contohnya di kawasan DUN Bukit Kepong (Parlimen Pagoh) yang diwakili Datoโ€™ Dr Sahruddin, FELCRA Bukit Kepong dan FELDA Maโ€™okil terletak sejauh 45km hingga 50km dari PPV baru di Pekan Pagoh (merujuk Peta 1). Di kedua-dua perkampungan tersebut, masing-masing ada Klinik Desa dan sekolah. Bilangan penduduk di situ mencecah empat ribu orang (tetapi kurang daripada syarat lapan ribu). Kami mohon CITF sediakan sebuah PPV di Klinik-klinik Desa di situ ataupun sekurang-kurangnya di Pekan Bukit Kepong yang berdekatan.

Sebenarnya untuk penduduk di sekitar Pekan Bukit Kepong pun, bukan mudah untuk ke PPV Pagoh. Jauhnya 30km. Bayangkan orang kampung yang terpaksa menunggang motosikal menempuh jalan kampung berliku-liku. Sudah tentu ada yang tidak sanggup dan tertinggal.

Kalau Bukit Kepong dan Pagoh yang diwakili tokoh-tokoh pemimpin pun masih begitu, jangan salahkan kami yang bimbang akan nasib kampung-kampung lain di seluruh Johor.

Hassan Karim

Yeo Tung Siong

Tan Hong Pin

๏ผˆKenyataan Media Besama oleh Hassan Karim, Ahli Parlimen Pasir Gudang (PKR), Yeo Tung Siong, Ahli Dewan Negeri Pekan Nanas (DAP) dan Tan Hong Pin, Ahli Dewan Negeri Skudai (DAP) di Johor Bahru pada 5hb Jun 2021.๏ผ‰

  1. https://www.utusan.com.my/berita/2021/06/kenyataan-tiada-ppv-di-pagoh-gambir-berniat-buruk/ โ†ฉ๏ธŽ
  2. https://www.facebook.com/106864800834012/posts/332661958254294/ โ†ฉ๏ธŽ

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758