• Home
  • ๐Œ๐ž๐ฆ๐š๐ง๐Ÿ๐š๐š๐ญ๐ค๐š๐ง ๐“๐š๐ง๐š๐ก ๐“๐ž๐ซ๐›๐ข๐š๐ซ ๐๐š๐ ๐ข ๐Œ๐ž๐ง๐ฃ๐š๐ฆ๐ข๐ง ๐’๐ž๐ค๐ฎ๐ซ๐ข๐ญ๐ข ๐Œ๐š๐ค๐š๐ง๐š๐ง ๐๐ข ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š

๐Œ๐ž๐ฆ๐š๐ง๐Ÿ๐š๐š๐ญ๐ค๐š๐ง ๐“๐š๐ง๐š๐ก ๐“๐ž๐ซ๐›๐ข๐š๐ซ ๐๐š๐ ๐ข ๐Œ๐ž๐ง๐ฃ๐š๐ฆ๐ข๐ง ๐’๐ž๐ค๐ฎ๐ซ๐ข๐ญ๐ข ๐Œ๐š๐ค๐š๐ง๐š๐ง ๐๐ข ๐Œ๐š๐ฅ๐š๐ฒ๐ฌ๐ข๐š

Semalam saya berjalan sekitar Pasar Awam TUTA untuk membeli barang dan juga berjumpa dengan para peniaga bagi mendengar keluhan mereka.

Banyak peniaga dan penduduk memaklumkan bahawa harga barang naik secara mendadak sekarang terutama sayur-sayuran, buah-buahan, ayam, daging, cili malah tepung juga menghadapi masalah kekurangan bekalan.

Sumber: Laman Web Rasmi Tan Hong Pin

Penurunan nilai Ringgit Malaysia dan peningkatan kos pengangkutan antarabangsa telah menyebabkan makanan import seperti cili, kubis, bawang naik harga.

Peningkatan kos baja, herbisida, racun perosak juga menyebabkan makanan tempatan naik harga.

Peningkatan kos makanan haiwan juga membawa kenaikan harga makanan ternakan seperti ayam dan daging.

Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO) telah menyatakan bahawa harga pangan telah mencatat rekod yang tertinggi dalam sejarah.

Menurut data Jabatan Perangkaan Malaysia, Malaysia mengimport RM 55.5 bilion produk makanan berbanding eksport iaitu RM 33.8 bilion pada 2020.ย 

Justeru, kerajaan perlu mengambil tindakan segera bagi menjamin sekuriti makanan di Malaysia dengan meningkatkan hasil pertanian negara.ย 

Selain daripada mempercepatkan proses pengagihan subsidi kepada petani atau penternak, Kerajaan juga boleh memanfaatkan tanah terbiar di seluruh negara bagi meningkatkan hasil pertanian negara dan mempelbagaikan jenis tanaman supaya menjamin sektor pertanian negara berupaya menghadapi krisis yang akan datang.ย 


Jabatan Pertanian telah mengenalpasti seluas 103,563 hektar tanah terbiar di Semenanjung Malaysia termasuk di Wilayah Persekutuan Labuan pada tahun 2019, antaranya 70 peratus tanah terbiar terletak di Negeri Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Perak dan Johor.

Pahang: 29,391 hektar tanah terbiar;

Selangor: 20,058 hektar tanah terbiar;

Negeri Sembilan: 11,324 hektar tanah terbiar;

Perak: 11,013 hektar tanah terbiar;

Johor: 10,098 hektar tanah terbiar.

Sumber: Laman Web Rasmi Tan Hong Pin

Sekiranya tanah terbiar tersebut boleh dimanfaatkan sepenuhnya, hasil pertanian negara mesti ditingkatkan bagi menjamin kestabilan harga makanan tanpa bergantung kepada makanan import.

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758