Kerajaan Persekutuan yang diketuai oleh Perikatan Nasional (PN) telah melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) tanpa memberitahu Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Selangor. Ini menyebabkan kebimbangan terhadap kekeliruan di peringkat negeri ketika PN mengumumkan pemulihan ekonomi pada bulan Jun.
Saya menyeru PN untuk menetapkan Prosedur Operasi Standard (SOP) komunikasi antara Kerajaan Pusat dan Kerajaan Negeri bagi memastikan maklumat dapat disebarkan dengan berkesan untuk menghadapi risiko penularan gelombang kedua wabak yang mungkin berlaku di negeri-negeri pada masa akan datang.
PKPB melibatkan pelbagai pihak, bukan sahaja melibatkan polis Kerajaan Persekutuan, tetapi juga melibatkan agensi Kerajaan Negeri dan unit penguatkuasaan tempatan untuk melaksanakan PKPB dengan berkesan untuk memutuskan rantaian penularan wabak.
Sebarang dasar harus dirancang secara teliti dan dilaksanakan dengan ketat untuk mencapai kesan yang diinginkan. Walaubagaimanapun, kerajaan tidak mampu untuk berbincang dengan Kerajaan Negeri. Ini menyebabkan ketidakselarasan dalam koordinasi pencegahan wabak oleh Kerajaan PN.
Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Selangor tidak diberitahu mengenai butiran pelaksanaan semula PKPB dan tidak diajak untuk perbincangan. Ini menyebabkan kekurangan persediaan oleh semua peringkat dalam negeri Selangor untuk melaksanakan PKPB.
Ini serupa pengumuman secara tiba-tiba oleh Kerajaan Persekutuan pada bulan Jun untuk memulakan semula ekonomi, di mana Kerajaan Negeri dan tempatan sukar untuk mengikuti arahan Kerajaan Persekutuan. Ini menyebabkan kekeliruan di kalangan rakyat dan ada yang mengikut arahan Kerajaan Persekutuan tetapi dikenakan denda oleh pegawai penguatkuasa tempatan.
Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada bulan Mac, Kerajaan PN telah mengumpul pengalaman selama 7 bulan dalam menangani pandemik ini. Walaubagaimanapun, kesilapan komunikasi seperti ini semasa melaksanakan semula PKPB sangat mengecewakan dan menimbulkan syak wasangka terhadap sama ada Kerajaan Persekutuan PN membezakan negeri yang diperintah oleh parti pembangkang.
Kawasan Lembah Klang kini mempunyai 365 kes positif, kebanyakan daripadanya adalah jangkitan komuniti, oleh itu perlaksanaan PKPB adalah penting. Namun, Kerajaan Persekutuan PN mengumumkan PKPB tanpa berunding dengan Kerajaan Negeri. Ini menyebabkan negeri Selangor terpaksa menyusun dasar secara tergesa-gesa. Ini jelas menunjukkan sikap tidak bertanggungjawab kerajaan PN.
Saya menyeru kerajaan PN supaya segera berunding dengan Kerajaan Selangor dan pada masa yang sama menetapkan SOP komunikasi antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri. Ini akan memastikan Kerajaan Negeri dan pihak tempatan terlibat dalam pembentukan dasar PKP dan mengelakkan kekacauan yang berlaku semasa pemulihan ekonomi pada bulan Jun, selain menyediakan langkah proaktif untuk menghadapi risiko penularan gelombang kedua wabak yang mungkin berlaku pada masa yang akan datang.
PN Perlu Tetapkan SOP Komunikasi untuk Menghadapi Gelombang Kedua Wabak

Sumber Gambar Cover: The Star
Kategori