• Home
  • Mengawasi Pemerintahan PN, Tidak Berkompromi dengan Mereka yang Rasuah

Mengawasi Pemerintahan PN, Tidak Berkompromi dengan Mereka yang Rasuah

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Latheefa Koya, dan Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas meletakkan jawatan, jalan Malaysia untuk memerangi rasuah kini lebih susah!

Rakyat terpaksa menghadapi sebuah pemerintahan yang tidak memiliki manifesto pilihan raya bersama, tidak memiliki visi bersama dan tidak mempunyai sokongan rakyat. Perikatan yang disebut-sebut itu masing-masing mempunyai agenda tersendiri. Ini menyebabkan rakyat tidak dapat membayangkan visi masa depan dan takut untuk berharap untuk apa jua hasil kerjasama pada masa depan.

Dalam Indeks Persepsi Rasuah 2019 oleh Transparency International, Malaysia mendapat skor 53 dan Malaysia berada di tangga ke-51 teratas dunia, menunjukkan peningkatan sebanyak enam mata berbanding tahun sebelumnya dan mencerminkan peningkatan 10 tangga. Ini merupakan keputusan yang terbaik sejak 25 tahun yang lepas.

Di bawah pemerintahan Pakatan Harapan, negara kita tidak lagi menyaksikan skandal rasuah atau penyelewengan tanah yang signifikan, sebaliknya mengurangkan perbelanjaan secara besar-besaran untuk mengurangkan pengeluaran negara, seperti Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), MRT2, LRT3 dan banyak lagi projek besar seperti Bandar Malaysia.

Sejak skandal 1MDB terbongkar, kita melihat tekanan yang dihadapi oleh pegawai kerajaan, namun tidak dapat dinafikan masih ada pegawai kerajaan yang berintegriti seperti Pengarah Sektor Audit Tadbir Urus Jabatan Audit Negara Nor Salwani Muhammad yang merupakan tokoh dalam pembongkaran skandal tersebut.

Pada masa yang sama, Perikatan Nasional mengambil alih Putrajaya melalui “pintu belakang” dan parti sekutunya, Presiden UMNO Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang kini menghadapi 47 tuduhan rasuah, bekas Perdana Menteri Najib Razak dan isterinya juga menghadapi lebih daripada 49 tuduhan pengubahan wang haram, penyelewengan, penyalahgunaan kuasa atau rasuah, termasuk tuduhan menggunakan RM2 juta sebagai wang poket oleh Setiausaha Agung BN Tengku Adnan. Dengan “barisan mewah” ini, adakah Kerajaan Perikatan Nasional dapat meneruskan agenda anti-rasuah?

Dengan sistem kronisme dan pelbagai aktiviti rent-seeking yang kini kembali, kita harus mengawasi Perikatan Nasional dengan dengan bersungguh-sungguh dan tidak memberi ruang kepada mereka yang rasuah.

Sumber Gambar Cover: Utusan Malaysia

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758