• Home
  • DAP JOHOR MEMPERTAHANKAN DEMOKRASI AHLI, POLITIKUS TIDAK PATUT MENGKHIANAT RAKYAT

DAP JOHOR MEMPERTAHANKAN DEMOKRASI AHLI, POLITIKUS TIDAK PATUT MENGKHIANAT RAKYAT

  1. DAP Johor masih berpegang teguh tentang prinsip demokrasi dan menghormati pilihan rakyat dalam PRU Ke-14 di samping itu juga membantah perbuatan segelintir politikus yang mengkhianat rakyat.
  2. Rakyat yang menyokong Pakatan Harapan pada PRU yang lepas adalah kerana Manifesto Pakatan Harapan yang mementingkan konsep integriti supaya Malaysia dapat dibersihkan daripada nama “kerajaan kleptrokasi” yang ditadbir oleh pemerintah terdahulu bagi menjadikan Malaysia makmur semula.
  3. Namun, segelintir politikus yang gila kuasa mengkhianat pilihan rakyat dalam PRU ke-14 dan menumbang kerajaan Pakatan Harapan. Perbuatan demikian telah melanggar prinsip demokrasi yang berpaksikan hak daripada rakyat.
  4. Demokrasi memberikan kita mempunyai satu peluang atau prosedur untuk menyokong dasar kerajaan sekarang atau membetulkan kesilapan yang disebabkan oleh kerajaan terdahulu. Justeru, masyarakat disaran menyokong kerajaan yang dipilih oleh rakyat dan membuktikan kepada anak generasi kita bahawa undi adalah suatu cara yang ekftif untuk membawa kemakmuran kepada negara, bukanlah kekecohan.
  5. Perubahan yang baik sedang berlaku dalam pentadbiran Kerajaan Pakatan Harapan, iaitu golongan kleptokrasi sedang menerima perbicaraan dan Malaysia berjaya memperbaiki reputasi dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) apabila melonjak kepada tangga ke-51 daripada 180 negara, tahun lalu, berbanding berada di kedudukan ke-61 pada 2018.
  6. Sehubungan dengan itu, pentadbiran yang integriti tidak mungkin berlaku apabila kita bekerjasama dengan golongan kleptokrasi  dan kita tidak boleh memilih jalan yang berundur.
  7. Akhirnya, kita sekarang perlu lebih memfokuskan dalam menunaikan Manifesto Pakatan Harapan seperti mereformasi sistem dan pembaikan ekonomi bagi menjayakan semula negara Malaysia ke tahap yang tinggi.

Sumber Gambar Cover: https://www.thestar.com.my/opinion/columnists/comment/2022/03/21/dap-party-polls-results-show-no-one-is-untouchable

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758