• Home
  • Agenda Perbandaran Baharu Wawasan Masa Depan

Agenda Perbandaran Baharu Wawasan Masa Depan

Plan Malaysia telah mengadakan program “Hari Perancangan Bandar Sedunia 2018” pada 18hb November 2018 , dan Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan,Sains dan Teknologi YB EXCO Tan Hong Pin dijemput menyempurnakan pelepasan “Rentas Penghujung Benua” , perasmian program berkenaan.

YB Tan Hong Pin menegaskan : Agenda Perbandaran Baharu merupakan wawasan bersama untuk masa depan yang lebih baik dan lebih mampan – di mana semua orang mempunyai hak dan akses sama rata kepada manfaat dan peluang yang bandar boleh tawarkan, dan di mana masyarakat antarabangsa menimbang semula sistem bandar dan bentuk fizikal ruang bandar kita untuk mencapai matlamat ini.

Beliau berkata , Bandar Untuk Semua (Cities For All) adalah satu dokumen Agenda Perbandaran Baharu (New Urban Agenda) berbentuk political statement di mana ia dirangka bagi mencorakkan hala tuju pembangunan dan kesejahteraan bandar untuk tempoh 20 tahun akan datang yang berkait dengan kemampanan bandar dengan menjadikan bandar lebih inklusif, selamat, berdaya tahan dan sejahtera .

“Sambutan Hari Perancangan Bandar Sedunia sebenarnya merupakan ilham dan usaha Prof. Carlos Maria Della Paolera, seorang cendikiawan Perancangan Bandar terkenal dari Universiti Buenos Aires, Argentina. Pada tahun 1949.”

Tan Hong Pin berkata , usaha Prof. Carlos Maria Della Paolera telah mencadangkan penubuhan satu organisasi perancangan bandar antarabangsa dan menetapkan 8 November setiap tahun sebagai Hari Perancangan Bandar Sedunia bertujuan untuk meraikan dan menghargai peranan perancang bandar dalam perancangan dan pembangunan khususnya ke arah mewujudkan persekitaran kehidupan yang berkualiti dan pembentukan masyarakat yang sejahtera. 

Beliau juga mengatakan , Sambutan ini telah menjadi agenda tahunan PLANMalaysia (Jabatan Perancang Bandar Dan Desa) sejak tahun 1988 dengan pelbagai tema yang berkaitan dengan isu-isu perancangan dan pembangunan semasa.

“Hasil kecenderungan tersebut, tema sambutan pada tahun ini ialah ’ Bandar Untuk Semua’ (Cities For All) selaras dengan pelaksanaan New Urban Agenda (NUA) peringkat antarabangsa dan tempatan.”

Tan Hong Pin berkata , sempena sambutan HPBS 2018 ini, terdapat dua penghargaan yang akan disampaikan iaitu penghargaan Murninets – Anugerah Bandar Mampan 2017 dan anugerah geospatial bagi pelaksanaan GeoJohor kepada semua Pihak Berkuasa Tempatan di Negeri Johor. 

Beliau turut mengata , Anugerah Bandar Mampan diberikan adalah mengikut kriteria yang telah digariskan seperti pembangunan bandar yang mampan perlulah mengambil kira keadilan sosial, keperluan asas manusia, kesihatan awam, kesedaran persekitaran dari segi ruang dan masa. Untuk itu, lima (5) Pihak Berkuasa Tempatan telah dipilih untuk menerima anugerah ini diatas komitmen mereka menjadikan bandar-bandar di dalam kawasan pentadbiran masing-masing sebagai Bandar Mampan.

Beliau berharap dengan penganugerahan ini akan memberi galakan dan kesedaran yang lebih mendalam kepada PBT dalam mewujudkan persekitaran yang mampan, menjamin keselamatan sejagat serta kebajikan komuniti berteraskan perancangan pembangunan yang holistik.

Sumber Gambar Cover: https://www.enanyang.my/%E8%B4%A2%E7%BB%8F%E6%96%B0%E9%97%BB/%E5%B0%A4%E5%86%8D%E8%BF%AA%EF%BC%9A%E7%BE%8E%E5%85%83%E5%85%91%E4%BB%A4%E5%90%89%E5%8D%87%E5%80%BC-%E5%90%B8%E5%BC%95%E6%9B%B4%E5%A4%9A%E6%AC%A7%E7%BE%8E%E6%B8%B8%E5%AE%A2%E8%AE%BF%E9%A9%AC#google_vignette

leave a comment

No. 20, Tingkat 2, Jalan Mega 1, Pusat Perdagangan Mega, Jalan Sakeh, 84000 Muar, Johor. tanhongpin.office@gmail.com +6010-535 1758 | +6012-514 1758