ๆฅ่ช้ฉฌๆฅ่ฅฟไบๆไฝๅท็้ๅนดๆฟๆฒปๅทฅไฝ่
๏ผ้ฟๆๅ
ณๆณจๅๅธ่ดซ็ฉทใ้ๅนดๅฐฑไธใ็ฏๅขๆฐดๆบไปฅๅ้ไธพๆน้ฉ็ญ่ฎฎ้ขใ็ฐไปปๅณๅ้ๅฝไผ่ฎฎๅ๏ผไธ2018่ณ2021ๅนดๆ
ไปปๅฃซๅงๆฅ๏ผN48-Skudai๏ผๅท่ฎฎๅ๏ผ2013่ณ2018ๅนดๆ
ไปปๅฑ
้ฎๆๅๆฉๅท่ฎฎๅใ2004ๅนดๅ ๅ
ฅๆฐไธป่กๅจๅ
่ณไป๏ผๆพๆ
ไปปๅ
จๅฝ็คพ้ๅขๆป็งไนฆใ ไธๅไธบๅฃซๅคๆฅๅทฅ่บๅคงๅญฆๆฏไธ็ๅฆปๅญๅฎๅฑ
ไบๆฐๅฑฑ๏ผ่ฒๆไบๅฅณใ
๐๐๐ซ๐๐ฃ๐๐๐ง ๐๐๐ซ๐ฅ๐ฎ ๐๐๐ฆ๐๐๐ซ๐ข ๐๐ข๐ฅ๐ข๐ก๐๐ง ๐๐๐ฅ๐๐๐ ๐๐ข ๐๐๐ง๐ข๐ฌ ๐๐ฎ๐ง๐ญ๐ข๐ค๐๐ง ๐๐๐ค๐ฌ๐ข๐ง ๐๐๐ง๐ ๐ ๐๐ฅ๐๐ค ๐๐๐๐๐ซ๐ ๐๐๐ซ๐๐ฎ๐ฆ๐ ๐๐๐ฉ๐๐๐ ๐๐๐ค๐ฒ๐๐ญ
1. Kerajaan perlu memberi pilihan pelbagai jenis suntikan vaksin penggalak secara percuma kepada semua rakyat.
2. Kajian Menilai Keberkesanan Vaksin-vaksin Covid-19 di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (Recovam) oleh KKM, vaksin Sinovac hanya 28 peratus berkesan dalam menghalang jangkitan Covid-19 dan kemasukan ICU pada tiga ke lima bulan.
3. Namun begitu, menurut kajian di Chile bagi penerima vaksin Sinovac, Sinovac mempunyai 74 peratus berkesan dalam mencegah penularan COVID-19.
Sumber: https://www.sunwaymedical.com/cn/in-the-news/the-importance-of-childhood-vaccination-and-covid-19-vaccination
4. Kami mendapati banyak aduan daripada masyarakat bahawa banyak klinik swasta bawah senarai ProtectHealth tidak dapat mengambil suntikan vaksin penggalak Sinovac secara percuma ketika mereka meminta mendapat vaksin Sinovac dan ianya menyebabkan mereka tidak ingin menerima vaksin campuran dos ketiga.
5. Ini dapat dibuktikan dengan kenyataan Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin pada 10 November 2021 bahawa kira-kira 40 peratus orang yang mendapat janji temu gagal hadir untuk mengambil dos penggalak.
6. Dalam kenyataan media Protect Health pada 7 Disember 2021, ketersediaan vaksin Sinovac adalah terhad dan ianya akan diberikan keutamaan kepada mereka yang mempunyai alahan terhadap mana-mana vaksin COVID-19 selain daripada vaksin Sinovac sepertimana yang telah disyorkan oleh pakar perubatan bertauliah.
7. Kerajaan telah menetapkan bahawa semua penduduk berusia lebih 60 tahun serta penerima Sinovac berusia 18 tahun ke atas perlu mendapatkan dos penggalak sebelum Februari 2022 untuk mengekalkan status vaksinasi lengkap.
8. Oleh yang demikian, 8 ADUN atau pemimpin DAP dan 29 cawangan DAP atau DAPSY bersama menyeru kerajaan menggunakan cara dorongan dan bukan dengan cara paksaan supaya penerima vaksin Sinovac yang tidak ingin mendapat vaksin campuran mempunyai โpilihan percumaโ untuk mendapat vaksin Sinovac sebagai dos penggalak bagi mempercepatkan program suntikan dos penggalak dan meningkatkan tahap perlindungan dalam kalangan rakyat daripada varian Delta dan varian Omicron.
-TAMAT-
Kenyataan media ini dikeluarkan pada 21 Disember 2021 secara bersama di Johor oleh:
Kategori